• Bab 37 •

1.4K 140 4
                                    

HARI ini merupakan hari terakhir bagi semua pelajar berunding dengan pensyarah masing-masing kerana esok akan bermulanya Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2 bagi semua pelajar KMPP. Rata-rata pelajar termasuklah rakan sekelas Syuhadah mengambil kesempatan ini bergambar bersama-sama dengan para pensyarah yang mendidik mereka selama ini.

Tapi ada seorang pensyarah yang tidak dapat bergambar bersama. Pensyarah itu adalah Sir Danny. Sir Danny sudah berangkat ke Mekah sabtu lepas untuk mengerjakan ibadah umrah. Jadi untuk adakan yang tiada, gambar Sir Danny yang berada di atas meja dipegang oleh seorang wakil dan pakat bergambar beramai-ramai dengan gambar tersebut. Jadilah daripada tiada.

Kalaulah Sir Danny masih ada disini, pasti dia tersenyum lihat pemakaiannya hari ini. Yelah, hari ini Syuhadah pakai tudung yang dihadiahkan olehnya. Pandai Sir pilih tudung mengikut citarasanya. Sangat cantik! Yang penting, tudung ini labuh menutup auratnya. Terima kasih buat Sir Muhammad Darwish atas pemberian yang tidak ternilai ini! Semoga Allah balas segala kebaikan Sir selama ini.

Kelakarnya, masing-masing tidak mahu muka sendiri tercicir dalam gambar walaupun hanya nampak sipi-sipi. Pelbagai memek muka yang mereka buat sesuai dengan perangai pelik masing-masing. Dari formal hinggalah ke free-style. Tiada satu pensyarah yang terkecuali.

Gambar ini bakal jadi kenangan yang mana mampu buat kita ketawa dan menangis sendiri apabila melihat gambar-gambar ini semula. Miskipun suatu hari nanti, ada di antara kita bakal tinggalkan dunia, namun kenangan bersama itu tetap ada. Kekal selama-lamanya di dalam sanubari.

❇ ❇ ❇

Seminggu selepas study week,

SEBELUM menuju ke dewan peperiksaan, ada lagi 1 jam untuk Syuhadah membaca Surah Yasin dan berdoa agar dipermudahkan urusan, dikuatkan ingatan serta dilapangkan dada semasa menjawab kertas Perakaunan nanti. Kita dah berusaha sehabis baik, sekarang tinggal buat yang terbaik. Serahkan segala urusan kepada Allah, biar Dia yang tentukan takdir kita.

Sudah seminggu PSPM 2 berlangsung dan pagi ini adalah kertas terakhir bagi semua pelajar KMPP. Petang nanti dah boleh balik. Tak sabar rasanya nak balik rumah dan lakukan aktiviti yang dia teringin nak buat selama ini. Masak? Layan movie? Bantu mak kemas rumah? Cari kerja untuk pengalaman? Semuanya dalam perancangan.

Seusai membaca surah Yasin berserta doanya, Syuhadah lekas-lekas bersiap. Tiba-tiba telefon yang disimpan dipoket kanan baju kurung Syuhadah bergetar, menandakan ada mesej masuk. Mungkin dari Nor, sekadar memberitahu yang dia sudah tunggu di bawah. Lantas, Syuhadah kerling jam di dinding sebelum bibirnya mencebik.

Eh awal lagi ni..

Dia kemudiannya keluarkan telefon dari poket. Matanya merenung lama nama yang muncul di skrin. Tiba-tiba hatinya naik berdebar. Habis darah pakat menyerbu ke kulit muka Syuhadah yang cerah itu. Dahinya berkerut segaris. Hafidz? Tak pernah-pernah dia Whatsapp aku setelah sekian lama mereka berdua tidak berhubung sekiranya tiada urusan penting.

"Mungkin penting" duga Syuhadah. Tak tunggu lama, Syuhadah tekan icon Whatsapp untuk segera baca mesej tersebut.

Good luck Shoot!  - Hafidz Khair.

Hujung bibirnya terjungkit sedikit dan tak lama kemudian, tawa kecilnya meletus. 

"Shushhh" Serentak itu, Syuhadah menoleh ke empunya suara. Sedari dirinya direnung tajam oleh salah seorang rakan sebiliknya itu dek menganggu fokus mereka yang sedang khusyuk membaca nota buat sepintas lalu.

Serta merta tawanya terhenti. "Sorry.." ujar Syuhadah, serba salah. Berbola mata Syuhadah beralih ke skrin telefon semula apa bila mereka kembali menelaah.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now