TURUN naik nafas Hafidz menahan amarah. Kuat giginya diketap. Tajam renungan Hafidz pada dua kelibat gadis yang semakin menghilang dari radar matanya. Baru Hafidz nak ajak berbincang, Syuhadah sudah larikan diri. Sungguh dia kecewa dengan keputusan terburu-buru Syuhadah.
"Amboi, jauh termenung. Tengok siapa tu?"
Tegur Firdaus yang baru keluar dari surau. Dia dah pastikan lampu dan aircond surau sudah ditutup memandangkan dia adalah orang terakhir keluar. Sepasang slipar miliknya diketuk-ketuk terlebih dahulu sebelum disarung ke kaki bagi memastikan sisa perpasir yang terlekat dibawah tapak kasutnya jatuh ke lantai.
Firdaus perasan dari tadi Hafidz termenung jauh memandang jalan tar yang mulai gelap. Sebaik habis sahaja meeting tadi, Hafidz cepat-cepat keluar dari surau. Hairan juga dia dengan sikap Hafidz hari ini. Tadi bukan main ceria sahaja wajahnya. Ini dah masam mencuka pula. Dah kenapa? Haih.. pelik-pelik!
"Syuhadah.." Tanpa sedar, nama itu meniti dibibirnya.
"Lah gadis tadi tu ke? Asal? Tak sempat jumpa dia ke?" Firdaus mengutarakan soalan.
Hafidz berdecit. "Tak sempat jumpalah cerita dia. Aku dah cakap kan tunggu lepas habis meeting, tengok-tengok dia blah macam tu je" Luah Hafidz, sedikit terkilan.
"Lah.. Dia takut dengan kau kut" Duga Firdaus.
"Buat apa nak takut dengan aku? Aku bukan makan orang pun.. Aku cakap elok-elok kan tadi, jumpa lepas meeting," Geram Hafidz dibuatnya.
"Mungkin.. dia nak jumpa dengan aku je kut" meletus ketawa Firdaus.
"Asal pula?" Tajam mata Hafidz menikam anak kata Firdaus.
"Yelah.. Dia tu asyik tengok aku je dari tadi." Semakin lebar senyuman Firdaus. Seronok dapat buat muka Hafidz semakin merah menahan gelodak marah. Dalam masa yang sama, dia rasa bangga. Ada juga awek cun seperti Syuhadah yang tenung dia lama-lama. Ada harapan ni..
"Kau.. tak perasan ke?" Soalan Firdaus ini kadang-kadang mintak kaki dan tangan sekali. Full package! Gila tak perasan? Obvious kut!
Hafidz malas nak layan.
"Haaa.. Entah-entah dia banyak homework tak siap lagi tu. Sebab tu dia kelam kabut nak balik. Husnuzon jelah" Bahu kanan Hafidz ditepuk perlahan.
"Dahlah.. Nanti aku call dia." Hafidz nekad. Laju langkahnya diatur meninggalkan Firdaus ke belakang. Siapa suruh jadi persaingannya. Padan muka kena tinggal.
"Wehy chill lah. Dia kan dah bagi sebab tadi.. kau cancel je nama dia.. tak payah panjang-panjangkan cerita" Pujuk Firdaus yang juga berada di pihak Syuhadah. Baginya Syuhadah ada sebab yang tersendiri dan mereka harusnya hormat keputusan gadis itu.
"Ah! Selagi dia tak jumpa aku, jangan harap aku nak cancel nama dia.." Ujar Hafidz, tegas. Dia takkan mudah mengalah. Jika Syuhadah berani main kasar dengannya, Hafidz lagi boleh main double kasar.
❇ ❇ ❇
AKU jaga tempat sementara Mira order minuman. Ramai pelajar perempuan turun ke cafe ini untuk buat kerja berkumpulan selain mendapatkan WiFi percuma. Cafe B sememangnya dikhaskan untuk pelajar perempuan sahaja. Hanya kaum hawa yang dibenarkan berada dicafe ini. Pelajar lelaki tak dibenarkan masuk. Itu arahan tegas dari pihak kolej. Jadi dengan itu, bebas untuk kami nak duduk macam mana gaya pun. Ikut suka tuan badan.
Kalau aku, aku pilih bersila diatas kerusi kayu yang panjang itu sambil itu aku menongkat dagu. Sementara tunggu Mira sampai, aku cuba bayangkan masa depan yang bakal aku hadapi selepas ini. Aku dapat rasakan seperti ada perkara buruk yang bakal berlaku antara aku dan Hafidz. Kenapalah aura Hafidz begitu menyeramkan? Takut aku dibuatnya.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...