• Bab 2 •

3K 215 25
                                    

AWAN mula berarak perlahan dipermukaan langit. Sungguh cantik ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Cuaca pun tidak lah begitu terik. Nyaman sahaja angin menyapa kulit wajah Syuhadah. Seperti biasa, cuti hujung minggunya akan diisi dengan melepak bersama dua kawan rapat dari zaman sekolah menengah lagi. Siapa lagi kalau bukan Mira dan Dila. Nak dijadikan rezeki, mereka bertiga dapat matrikulasi yang sama walaupun berbeza kelas.

Tempat lepak kesukaan tiga sekawan adalah di bawah pondok Cendawan berdekatan dengan koperasi. Kenapa namanya begitu? Sebabnya bumbung pondok itu berbentuk kepala cendawan. Unik bukan?

Dulu Pondok Cendawan antara tempat dating kesukaan pasangan couple. Tetapi disebabkan mereka bertiga pantas merebut tempat, tiada chance lah untuk pasangan couple dating di situ. We came, we saw, we conquered.

Sedang Syuhadah, Mira dan Dila berborak, tiba-tiba ada satu pengumuman berkumandang dicorong pembesar suara.

"Perhatian kepada semua pelajar, borang untuk menyertai keahlian AFC telah berada di koperasi sekarang. Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan borang AFC dengan segera. Keahlian adalah terhad. Diulang," ulangnya sekali lagi.

Berakhir sahaja pengumuman yang diulang sebanyak dua kali itu, timbul satu idea di kotak fikiran Syuhadah. Apa kata.. "Weh korang, apa kata kita join persatuan tu. At least kita ada aktiviti berfaedah nak dibuat. Betul tak?" ujar Syuhadah dengan teruja.

Mira dan Dila saling berpandangan antara mereka. Macam tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulut kawannya itu. Syuhadah mengerut dahi. Err... aku ada tersalah cakap ke?

Mira tiba-tiba tergelak. "Syud... sejak bila kau dah insaf ni?" Dila mengangguk setuju, mengiakan sindiran Mira.

Syuhadah mencebik bibir. Dia tengah serius, mereka main-main pula. Yalah, Nurul Syuhadah yang mereka dua kenal ini seorang yang suka melepak sana sini. Mana suka sertai mana-mana persatuan yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi walaupun persatuan itu ada menyediakan aktiviti yang paling dia minat sekali. Contohnya, aktiviti berkuda dan memanah.

Tetapi itu dulu. Sekarang, Nurul Syuhadah sudah berubah! Tidak tahu bila dan kenapa, jangan ditanya. Dia sendiri pun tidak tahu sejak bila hatinya mula berjinak untuk perkara-perkara yang berfaedah. Andai kata dapat diundurkan masa, dia mahu sertai persatuan sunnah itu semula. Namun, apakah daya. Sudah cukup keahlian. Memang tiada ada rezeki untuknya.

"Apa soalan kau tadi, Mira?" Syuhadah menyoal semula. Dia punya kesal itu sampai terlupa soalan yang diajukan oleh Mira sebentar tadi.

"Haih, muka biar tak cantik asal tak pekak. Soalan aku, sejak bila kau dah insaf, Syud?" Ulang Mira sekali dengan perlian. Amek kau!

Syuhadah buat muka toya. Kurang asam betol kawan! Ada ke patut kata kita pekak. Ish!

"Sejak aku sedar markah koko memainkan peranan yang sangat-sangat penting. Korang tak risau ke?"

Dila dan Mira serentak menggeleng kepala. "Tak.. sebab kenapa kena risau pula?" Tanya Dila, tidak faham. Selama ini tidak kisah pun.

"Itu soalan ke kenyataan?" Mira menegur.

"Soalan...," balas Dila, ringkas.

"Kenalah risau. Sebab... kalau nak masuk U, markah koko kena tinggi. Kalau tak lepas KPI, tak boleh masuk U. Aku tak mahu menganggur duduk kat rumah tunggu orang datang meminang. Ish! Tak serior aku..."

Apabila Syuhadah kenangkan nasib Maknya, dia mahu mencapai cita-citanya yang selama ini dia angankan. Walaupun Mak seorang suri rumah plus usahawan wanita yang berjaya di semua platform media sosial, Mak tidak mahu Syuhadah mengikuti jejak langkahnya itu. Dia mahu Syuhadah sambung belajar ke universiti dan dapat kerja yang bagus-bagus, yang penting berkat dan Allah redha. Siapalah Mak nak bergantung harap kalau bukan pada dia, anak sulungnya kepada keluarga yatim itu. Jadi semua tanggungjawab akan jatuh di bahunya.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now