• Bab 21 •

1.4K 149 9
                                    

SEBELUM pulang, Mak sempat bungkuskan makanan untuk rakan sebilikku dan juga Hafidz. Alhamdulilah, ada juga rezeki untuk mereka. Disebabkan Mak terlebih bawa makanan dan tupperware plastik, dapatlah mereka merasa lauk dari air tangan Mak aku. Bukan itu sahaja, Mak siap suruh Hafidz hantarkan aku sampai ke pintu masuk blok aku. Aku pula naik segan.

Hafidz diam tanpa sebutir bicara. Dia berjalan mendahului aku manakala aku cuba kekalkan jarak 1 meter dibelakangnya sehinggalah betul-betul sampai di hadapan blok aku. Perbualan dia dengan Mak tadi buat aku lebih nak tahu tentang Hafidz. Hafidz adalah pelajar ulangan. Dia tak bercerita banyak cuma dia mengakui itu adalah satu kesilapan bodoh yang pernah dia lakukan. Aku jadi teringat akan kata-kata Munirah, 'Kalau awak kenal Hafidz dulu, mesti awak akan faham'.

"Hafidz," Dia berhenti dan pusing belakang.

"Ye.." Aku tunduk merenung rumput. "Kenapa kau repeat?"

"Kenapa awak tanya?" Soalnya, kembali. Aku angkat kepala. "Tak, sebab aku pelik.. Kau kan pelajar cemerlang tapi kau kena repeat"

Hafidz senyum dan teruskan berjalan "Tapi tak pelik kalau saya pelajar bermasalah, kan?" Jawapan Hafidz buat dahi aku berkerut berlapis-lapis, tak faham. Bermasalah yang macam mana tu? Nak kata jahat, lihat pada riak wajahnya, Hafidz kelihatan 'innocent'. Nak kata nakal, adalah sikit tapi tiadalah sampai kena kick out dari matrik.

"Kalau saya cerita ni, awak mesti pertikaikan jawatan saya dan sebagainya. Yelah, saya yang awak kenal sekarang ni bukanlah saya yang dulu. Boleh dikatakan 90% warga KMPP bencikan saya termasuk pensyarah. 10% yang tinggal ni je adalah kawan-kawan saya dan beberapa gadis-gadis yang buta"

Aku angguk sambil tersengih. "Faham. Tapi benda dah lepas dan kau dah berubah, siapa aku nak pertikaikan? Bagi aku, 10% adalah kawan yang sebenar. Boleh terima baik buruk kau"

Hafidz tunduk malu. "Dekat sini, yang sebaya saya adalah Kasyah, Adam dan beberapa lagi yang saya tak rapat. Cuma kami bertiga ada cerita yang sama cuma matlamat yang berbeza"

"Oh..."

"Tapi saya bersyukur dapat repeat, hikmahnya mungkin dapat jumpa dan berkawan dengan awak, betul tak Syuhadah?" Dia pusing tubuhnya ke belakang mengadap aku.

Aku terkedu sejenak. "Betul"

Hafidz ukir senyum. "Naiklah, kita dah sampai depan blok awak" Baru aku tersedar lagi beberapa langkah nak masuk blok aku. "Oh, okay. Bye, Ketua ANC"

"Assalamualaikum Syuhadah"

Aku terus naik ke masuk blok tanpa toleh kebelakang walaupun aku dengar dia beri salam. Ah! Jawab dalam hati jelah. Sepanjang langkah kaki ini diatur menuju ke bilik, jantung aku tak henti berdegup hebat. Aku dapat rasakan dia sangat dekat dihati aku. Ya Allah.. Kenapalah setiap kali berbual dengan Hafidz, jantung aku jadi tak normal?

❇ ❇ ❇

"NAH korang! Mak aku masak untuk korang. Tak payah turun beli kat cafe, jimat duit" Aku letak 3 bekas tuppuwear plastik diatas meja belajar jepun yang terletak ditengah-tengah ruang bilik kami. Meja itulah kami selalu bersantap sama-sama.

"Terima kasih, Syud.. Kirim salam sayang kat Mak kau" kata Ayu.

"InsyaAllah!"

Ayu turun dari katil dan membuka penutup tupperwear yang aku bawa. "Sedapnya bau. Mak kau masak ni semua ke?" Soal Ayu sambil menghidu bau lauk yang terhidang di depan matanya.

Aku angguk. Takkanlah Mak aku datang sini semata-mata nak bawa lauk beli. Menangis aku kang. Tudung, stoking tangan dan stoking kaki aku tanggalkan terlebih dahulu sebelum aku salin baju yang aku pakai tadi di dalam bilik air. Aku masuk semula ke bilik selesai menukar baju tshirt lengan panjang dan seluar panjang.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now