• Bab 30 •

1.3K 138 9
                                        

MIRA bergegas ke unit disiplin walaupun dia sepatutnya berada di hospital menemani Syuhadah. Dengan keberanian yang dia ada, dia berjumpa dengan Encik Rosli. Hatinya begitu nekad menyerahkan rakaman video itu kepada Encik Rosli. Selagi dia tidak memberitahu perkara sebenar, dia dibelengu perasaan serba salah.

Saat dia melihat pensyarah itu memberikan bantuan pernafasan kepada Syuhadah, hatinya benar-benar dihimpit rasa bersalah. Jika Syuhadah tahu dia berselindung tanpa membantu, pasti kawan baiknya itu akan membenci dirinya. Mungkin juga, persahabatan mereka akan putus!

Namun, bukan dia sengaja biarkan Syuhadah dicederakan oleh pelajar lelaki itu. Dia cuma terlalu takut. Takut-takut nyawanya pula yang melayang. Kalau dia ada kekuatan untuk berlawan lelaki itu, sudah lama dia munculkan diri. Malangnya dia tidak berani. Mira hanya mampu menyorok disebalik bilik stor.

Dia yang menerima arahan dari Sir Danny untuk tunggu disitu dan merakam kejutan yang mereka berdua rancang sebelum ini. Malangnya, kejutan lain yang terjadi. Sudah alang-alang telefon berada ditangan, Mira ambil peluang ini dengan merakam segala perbuatan jahat lelaki itu terhadap Syuhadah untuk dijadikan bahan bukti bahawa lelaki itu cuba cederakan kawan baiknya itu.

Pada awalnya Mira menganggap pelajar lelaki itu sekadar mengusik rakan baiknya itu. Ternyata tanggapan Mira meleset. Pelajar lelaki itu memang ada niat buruk terhadap Syuhadah. Benarlah, malang tidak berbau. Sir Danny yang ditunggu-tunggu masih belum tiba tapi muncul pula pelajar lelaki yang berambut kerinting datang menganggu Syuhadah.

Sekarang ini Mira nekad untuk menyerahkan rakaman video itu kepada Encik Rosli. Biar Encik Rosli buang budak lelaki itu dari sini. Kalau boleh, dia nak suruh Encik Rosli sumbatkan Kasyah ke penjara. Baru tahu langit itu tinggi rendah..

"Apa ni?" tanya Encik Rosli sebaik Mira serahkan telefon miliknya kepada Encik Rosli.

"Encik tengoklah sendiri.. saya takkan tuduh tanpa bukti. Encik tengoklah apa budak tu buat pada kawan saya.."

Setelah telefon berpindah tangan, Encik Rosli tonton rakaman video tersebut sehinggalah ia berakhir. Lama dia mendiamkan diri.

"Encik dah tahu kan ini angkara siapa? Budak tu dah buat kawan saya jatuh," Mira mula bersuara tegas. Takkan dia biarkan budak lelaki itu terlepas.

"Saya akan ambil tindakan.. ini boleh jadi bukti." ujar Encik Rosli.

"Encik buatlah sesuatu.. saya nak budak ni masuk penjara! Encik boleh buat kan.."

"Ye tapi itu bukan kerja saya.. saya kena laporkan perkara ni kepada pihak polis dulu. Biar mereka yang soal siasat kes ni dan tentukan budak ni layak masuk juvana atau tidak" tutur Encik, tenang.

"Encik.." panggil Mira lagi. "Hukum budak ni dengan hukuman yang setimpalnya. Biar dia rasa apa yang kawan saya rasa.." kata Mira, tekad. Dia betul-betul mahu budak lelaki itu terima balasan. Geramnya dia tengok bagaimana Kasyah layan Syuhadah.

❇ ❇ ❇

TEPAT pukul 9 pagi, semua ahli kelab makanan berkumpul disurau seperti yang diarahkan. Aku dan Mira datang sedikit lewat. Tapi kali ini Hafidz tak marah pula. Sebaliknya dia siap sederkahkan kami berdua sebuah senyuman yang pada aku sudah cukup melegakan hati. Aku curi-curi pandang dia. Dia tampak tekun membincangkan sesuatu dengan ahli tertinggi yang lain. Faham.. program MEMORI kan tinggal 2 hari sahaja lagi, mungkin sebab itu Hafidz begitu serius.

"...dan Nurul Syuhadah"

"Saya!"

Kuat suara aku menyahut panggilan Hafidz sehingga ada mata-mata yang pandang aku pelik. Hafidz sekadar mengulum senyuman manis.

TEKOMA [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang