PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT
____________
Bab ini bakalan menjadi cringe dan gedik.
Harap maklum.❇ ❇ ❇
EMPAT tahun berkawan, Syuhadah dan Hafidz selamat ditunangkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Walaupun majlis bermula agak lewat, ia tetap berjalan dengan lancar walaupun segala persiapan pertunangan tersangatlah sederhana.
Keluarga belah lelaki bersetuju dengan syarat yang dinyatakan daripada keluarga belah perempuan. Pun begitu, masih boleh dirunding dengan keluarga belah perempuan dua bulan sebelum majlis akad nikah. Tempoh pertunangan dianggarkan selama setahun atas persetujuan dari kedua belah pihak.
Sebelum keluarga pihak lelaki menjamu selera, sesi bergambar antara dua belah keluarga itu menjadi suatu keharusan sebagai kenangan. Saudara mara dari pihak lelaki begitu teruja bergambar dengan Syuhadah memandangkan gadis itu menjadi tumpuan tetamu pada hari ini. Rata-rata mereka menyenangi solekan nipis pada wajah Syuhadah. Tetap nampak cantik dan berseri!
Dari jauh, Hafidz sekadar memerhati. Dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya hati ini. Berbunga-bunga bak kata orang. Setiap kali mata mereka bertembung, Hafidz cepat-cepat ukirkan senyuman buat gadis itu. Tersipu malu Syuhadah jadinya. Haih... Indahnya bercinta.
❇ ❇ ❇
Setahun kemudian..
"MUHAMMAD Hafidz Khair bin Mohamed Solehuddin,"
"Saya,"
"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Syuhadah binti Ahmed Saiful, dengan mas kahwin sebanyak rm700, tunai.."
"Aku terima nikah Nurul Syuhadah binti Ahmed Saiful dengan mas kahwinnya rm700 tunai.
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulilah..." Hafidz meraup wajah. Perasaan gugup tadi serta-merta hilang. Ajaib sungguh! Sempat dia menoleh ke belakang. Dia tersenyum saat melihat wajah Umi dan Abi yang mengangguk perlahan bersama senyuman lebar.
Leganya, ya Allah...
Dengan sekali lafaz, Hafidz sah bergelar suami kepada Syuhadah. Hampir nak gugur air mata ini mendengar perkataan 'Alhamdulilah' dari wali hakim dan saksi. Mak disebelah terus memeluk tubuh Syuhadah sambil mengusap belakangnya.
"Tahniah," bisik Mak.
"Mak..." bibir Syuhadah mencebik.
Semakin erat tubuh mak dia peluk. Mak yang sedaya upaya menahan sebak akhirnya mengalirkan air mata gembira. Suasana hiba mulai menyelubungi Masjid Muhamadiah. Rata-rata tertawa dengan gelagat dua beranak itu. Menangis beria macam nak berpisah selama-lamanya! Apalah!
Kedua-dua mempelai itu bangkit dari duduk untuk menunaikan solat sunat secara beransingan, dan melakukan sujud syukur selepas memberi salam. Sebaik selesai melakukan dua ibadah itu, Hafidz dan Syuhadah diminta duduk menghadap antara satu sama lain untuk sesi bersalam-salaman atau dalam erti kata lain, batal air sembahyang. Perasaan gugup mula menghujani hati.
Ya Allah, takut!
Jurugambar sudah siap siaga dengan kamera di tangan. "Okey, pengantin ready..."
Hafidz tersenyum manis saat Syuhadah malu-malu mengangkat kepala. Tanpa berlengah, Hafidz letakkan telapak tangannya pada ubun-ubun Syuhadah yang berlapikkan tudung itu sambil mulutnya berkumat-kamit membaca doa.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...