AKU perhati lama jam tangan berwarna gold itu. Cantiknya! Alangkah bahagianya jikalau aku dapat memiliki jam tangan itu. Tapi sayangnya harga tak kena dengan bajet aku sebagai pelajar. Nanti-nantilah aku beli. Jam tangan yang aku pakai ni pun masih berfungsi lagi.
"Ya, mau beli yang mana?" soal wanita muda berbangsa cina kepada aku. Baru lima minit aku tinjau jam di kedainya, muncul tauke kedai ini menyapa aku. Aku tercengang seketika. Beli? Mana mampu aku beli jam semahal ini. Mungkin dia lihat cara seperti orang nak membeli. Padahal aku hanya mahu lihat sahaja.
Aku sengih sambil menggeleng kepala. "Saya nak tengok-tengok je. Duit tak ada nak beli" Jujur aku. Sebenarnya aku kena berjimat-jimat pakai duit elaun. Beli barang yang perlu sahaja, barang kemahuan tolak tepi dulu.
"Sekarang tengah promosi 20%. Saya tahu kamu suka yang ini," beritahu wanita itu lagi dengan senyuman manis di bibir. Sekali lagi aku geleng kepala bila dia mahu keluarkan jam yang aku pandang dari tadi.
"Next time" balasku dengan senyuman sekaligus membantalkan niatnya. Wanita itu angguk dan tersenyum. Tapi dia masih berdiri disisi aku sambil perhati aku. Ingat aku nak mencurilah tu..
"Nak ke?" soal Sir, yang tiba-tiba muncul sebelahku. Nasib baik aku tiada penyakit jantung. Buat aku terkejut jelah.
Wajah Sir Danny aku pandang sekejap. "Eh, taklah. Saje je nak tengok-tengok," tolakku bersama sengihan.
"Sure? Kalau you nak, I boleh belikan.."
"Eh, jangan Sir. Jam saya masih elok lagi. Berfungsi lagi ni" aku pandang jam aku yang agak lusuh. Dari warna putih bertukar menjadi kekuningan. Betapa lama jam ini bersamaku. Hampir setahun lebih usia jamku. Masih tahan lagi baterinya.
Sir sengih tatkala matanya jatuh pada jam tanganku. Mukanya sedikit terkejut. Nak kata jam aku lah tu~
"Pakai duit I, bukan duit you pun. Cepat, pilih yang mana satu you suka.. I belanja," arahnya.
Aku terkedu. Ala.. janganlah Sir. Serba salah pula aku. Sepatutnya aku yang bagi dia hadiah tanda terima kasih ajarkan aku sampai pandai. Ini terbalik pula. Aku undur ke belakang setapak.
"Sir, saya nak pergi kedai popular. Nak beli novel. Bye!" aku mencicit lari dari Sir. Macamlah aku tak tahu perangai Sir Danny bila dia berkehendak. Pasti dia mahu paksa aku pilih juga jam tu. Aku dah boleh agak apa dalam fikiran Sir Danny.
Sir Danny melihat sahaja gadis itu meninggalkannya. Dia tergelak kecil. Tercuit hatinya dengan telatah selamba Syuhadah. Tak pernah tak comel di matanya. Sir Danny tunjuk jam tangan yang Syuhadah lihat tadi pada jurujual wanita sebangsa dengannya. Dia pasti itulah jam tangan yang Syuhadah suka. Dalam bahasa cina, dia berbicara dengan wanita itu.
Tinggal setengah jam lagi. Selepas itu, balik! Sementara masa masih ada, aku nak beli dua buah buku novel. Hujung minggu ini boleh baca. Aku nak beli novel pun pakai baucer buku. Tak perlu keluarkan duit sesen pun. Ralit aku mencari novel yang kena dengan selera aku. Keliru nak beli yang mana satu. Semuanya nampak best.
"You ni tak patut tinggalkan I, tahu tak?" marah Sir. Dia berdiri sebelah aku sambil berpeluk tubuh. Mata kami bertentang sekejap. Aku tunduk ke bawah dan buat-buat sibuk mencari buku novel.
Diam.
"Belanja I buku ni.." Sir hulurkan aku sebuah buku islamik. Aku pandang lama buku itu. Buku solusi. Keningku bersatu.
"Sir baca ke buku solusi?" soalku, hairan. Rasa pelik dengan kelakuan Sir hari ini. Dia seakan-akan berminat nak tahu tentang islam. Hidayah dah sampai ke?
"Salah ke?" Sir Danny menduga. Hari itu, adalah dia nampak Syuhadah khusyuk membaca buku bertajuk solusi dihadapan muka surat buku tersebut. Terasa dia ingin tahu apa bestnya buku tersebut. Boleh dikatakan dua tiga buku bertajuk solusi ini dimiliki gadis itu. Apa yang menarik ye?
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...