• Bab 32 •

1.3K 134 4
                                    

HAFIDZ hela nafas panjang. Dia rasa lebih baik dia berterus-terang kepada Firdaus. Mungkin Firdaus ada jawapannya sendiri. Lagipun selama ini, Firdaus lah tempat dia minta pendapat dan idea sekiranya dia buntu dengan masalah yang dihadapi. Dengan erti kata mudah, Firdaus adalah tulang belakang Hafidz. Rasanya tak salah dia berkongsi cerita pada kawan baiknya itu.

"Aku..." Hafidz terkebil-kebil untuk berterus terang. Kepala tunduk ke lantai sambil jari jemari saling mengergam antara satu sama lain. Serba tak kena Hafidz dibuatnya. Kenapa dia rasa luahannya ini bakal menjadi aib pada dirinya?

"Aku rasa.. Hmm.. Aku.." Hafidz telan air yang terasa kesat dikerongkong. Masih berkira-kira untuk berterus-terang. Dia takut Firdaus beri jawapan yang dia tak mahu dengar malah terus menghukumnya tanpa mendengar perjelasan dia terlebih dahulu.

"Aku, aku, dari tadi aku, aku. Bila nak ceritanya? Besar sangat ke masalah kau tu?" Firdaus masih setia menanti. Sementara itu, dia keringkan rambut yang basah dengan tuala. Sudah dekat 10 minit dia duduk dihadapan Hafidz, tapi satu apa pun tak terluah.

Hafidz menggeleng kepala beberapa kali. "Tak besar mana pun.. "

"Habis tu kalau tak besar mana, kenapa latihan nasyid tadi pun kau tak boleh fokus. Asyik termenung je. Maknanya besarlah tu masalah kau." duga Firdaus.

Hafidz tersenyum hambar. Betullah tu kata Firdaus.

"Besok hari terpenting tau, Hafidz! Kau tu selaku Ketua ANC, kau patutnya bersemangat! Bukan lemah macam ni. Kalau kita berperang, aku rasa pasukan kita senang-senang boleh dikalahkan. Mati katak macam tu je" tegas Firdaus dalam melontarkan kata-kata.

"Tahu. Maafkan aku.. " Hafidz raup wajahnya berkali-kali. Sesal tidak dapat beri sepenuh komitmen pada latihan terakhir tadi. Sudahlah besok adalah hari kemuncaknya. Ya Allah.. Serabutnya!

"Aku bukan nak kau rasa serba salah, Firdz. Aku nak kau jujur dengan aku. Cerita apa masalah kau sebenarnya, aku nak dengar." pujuk Firdaus.

Hafidz mengeluh seraya memandang sayu wajah Firdaus. "Aku kecewa doh," luah Hafidz, sedih. Dalam hatinya, bagai dicarik-carik. Kenapa hatinya begitu sakit bila terkenang semua tentang Syuhadah. Dia sendiri kurang mengerti apa hatinya mahukan.

"Sebab?" Kening Firdaus bertaut menanti butir bicara Hafidz dengan penuh sabar.

Hafidz kemam bibir sebelum dia buka mulut. "Aku suka Syuhadah tapi dia milik Sir Danny" luah Hafidz, perlahan tapi cukup didengari Firdaus.

Firdaus tergamam. Patutlah dari semalam Hafidz kelihatan durja sahaja. Sungguh dia tidak sangka Hafidz boleh terjatuh suka pada gadis brutal itu. Firdaus tertanya-tanya, apa yang ada pada Syuhadah sehingga dia digilai dua orang sekaligus.

"Aku tak tahu nak cakap apa, Fidz. Tapi seriuslah sebab ni?" Lama Firdaus menatap wajah Hafidz yang kelihatan hampa itu.

"Kenapa? Salah ke weh? Salah ke aku nak suka seseorang? Kau mesti nak cakap haram kan?" teka Hafidz, yakin. Macam dia tak kenal Firdaus. Cepat jatuhkan hukum.

"Eh tak, aku tak cakap haram sebab aku faham itu kan fitrah manusia. As long kau pandai kawal perasaan kau tu dari ada rasa keinginan untuk berzina, belum jatuh haram. Cuma, tak kena masa doh. Esok hari terpenting kut, tapi kau.. Ada masa pula fikir pasal ni," Firdaus sengih dalam keadaan dia serba salah.

"Habis kau ingat aku nak sangat ke benda ni jadi?" Hafidz luahkan rasa. Firdaus bukannya nampak usaha dia dalam mengabaikan perasaan ini. Semakin dihalau, semakin itu ia datang menghantui. Seksa jiwa raga.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now