• Bab 16 •

1.3K 153 7
                                    

MATA ini baru nak terpenjam, tiba-tiba telefon aku bergetar. Ternyata aku terima satu mesej WhatsApp dari seseorang yang amat aku kenal. Munirah.

Assalamualaikum Syuhadah. Ini Munirah. Saya minta maaf atas kesilapan saya hari itu. Ada salah faham antara kita. Boleh tak kita bincang? - Munirah ANC.

Hairan. Kenapa baru sekarang dia nak jumpa aku? Kenapa tak kelmarin mesej dan ceritakan hal sebenar. Silap aku tak bertanya pada Hafidz soal Munirah. Tapi risau mengaibkan dia pula. Haish..

Wa'alaikumusalam. Bila? - Nurul Syuhadah.

Lepas meeting kelab awak - Munirah ANC.

Hebat. Meeting kelab aku pun dia tahu ada hari ini. Jangan-jangan mereka berdua berkomplot tak?

Okey. Kat mana? - Nurul Syuhadah.

Nanti kita jumpa kat bilik mesyuarat. Saya akan terangkan segalanya. - Munirah ANC.

Okey! Terangkan segalanya-galanya biar aku faham situasi yang berlaku sekarang. Ada satu jam untuk aku berehat sekejap. Harap Syira tolong gerakkan aku sebelum pukul 3. Nanti tak pasal-pasal aku dapat mesej amaran dari Ketua ANC tu. Dung.

❇ ❇ ❇

TERJAGA aku dari tidur, aku lihat Syira dan Ayu sedang bersiap untuk hadiri meeting kelab makanan. Patutlah aku dengar ada orang bercakap-cakap.

"Syira, kenapa tak gerak aku?" Geram betul, dah suruh gerak boleh pula dia buat tak tahu.

"Aku tak sampai hati nak kejutkan kau. Kau nampak penat sangat." Balas Syira tak pandang aku langsung. Sibuk betulkan owning tudung dihadapan cermin.

Jawapan Syira buat darah aku menyirap. Penat memanglah penat. Tapi nak buat macam mana. Itu kan dah tanggungjawab aku. Lagipun telinga aku tak larat nak dengar ceramah tak berbayar Ketua ANC tu!

"Matilah aku" Aku dah mula rasa cemas. Aku berjalan ke sana dan ke mari. Entah apa yang nak buat sekarang. Otakku celaru.

"Syud, rileks. Kau lambat banyak pun tak apa. Kan, Syira?" Kata Ayu pula kali ini sambil merenung Syira sesuatu.

"Ish, korang memang sukakan tengok aku kena bebel dengan dia. Nanti Hafidz marah aku." Dengan langkah pantas, aku capai tudung yang aku pakai tadi lalu disarung ke kepala. Bedak aku pakai ala kadar.

"Dia bukan marah betul-betul pun. Dia acah-acah je tu," Ayu dan Syira sama-sama tersengih. Huh? Aku pandang mereka berdua tak berkelip.

"Syud, kau masih tak nampak ke?"

"Nampak apa?"

"Hafidz tu suka kau"

Aku tersentak. Mana mungkin dia suka aku?

Aku tergelak. Rasa kenyataan itu kelakar sangat. Mana mungkin Ketua ANC tu boleh tersuka kat aku. Aku dengan dia bagaikan langit dengan bumi. Lainlah kalau Munirah, she's so perfect! Gaya dan caranya yang sopan, pemikirannya yang terbuka dan bijak membuatkan semua kagum dengannya. Nak dibandingkan dengan aku, huh! Aku cumalah gadis brutal. Sudahlah aku paling bermasalah dalam kelab itu. Aku tak layak untuk Hafidz..

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now