AKU tak tahu apa dah jadi kat Hafidz selepas aku dihantar ke kolej semula ditemani Fathia. Pagi esoknya Mak datang ambil aku. Sudah pastilah aku tak dapat tahu berita tentang keadaan Hafidz. Kalau aku nak tahu, aku kena tanya Munirah sendiri, sebab dia yang sanggup teman Hafidz di hospital. Aku dapat rasakan mereka berdua ada sesuatu. Jika tidak, kenapa Munirah risau sampai begitu sekali?
Aku dah agak dah!
Sewaktu Hafidz dibaringkan diatas lantai, dia menjerit minta tolong sambil tersebik-sebik menangis. Fathia yang terpaksa berlari ke dalam sambil memanggil jururawat yang masih bertugas. Aku? Masih kaku disitu memerhati Hafidz tidur tanpa berbuat apa-apa. Roti vanila yang Hafidz belikan semalam untuk aku, aku ambil kesemuanya dan bawa balik ke rumah. Nak makan, tiada selera. Dalam fikiran aku sekarang hanyalah..
Hafidz. Hafidz. Hafidz.
Tahu tak aku risau, serba salah.. Semua ada!
Hati ini terdetik nak tahu tentang keadaan dia. Manalah tahu lepas ini aku dah tak jumpa dia. Jadi aku gunakan kesempatan yang ada untuk ucap terima kasih. Aku capai telefon dan buka aplikasi WhatsApp. Seingat aku, nombor Ketua ANC ada tersenarai dalam Group keluarga ANC dan AFC. Jadi mudahlah untuk aku berpersonal messages dengannya. Anehnya langsung tiada berita yang mengabarkan Hafidz masuk hospital. Ke bising di group satu lagi? Mata ini fokus mencari nama Ketua ANC. Tak silap aku namanya..
Muhammad Hafidz Khair.
Okay, dah jumpa. Muka Display Picture tak boleh blah setakat ini aku jumpa. Ada ke patut dia letak gambar badut. Creepy betul mamat ni.
Aku berkira-kira. So.. Nak buat apa ni? Nak tekan keypad pun buat tangan aku sedikit mengigil. Apa ye aku tanya dulu? Hmm..
Assalamualaikum.. Saya Nurul Syuhadah. Saja nak tahu keadaan kau macam mana? Harap kau okey.. Terima kasih sebab selamatkan aku semalam. Semoga Tuhan saja yang balas kebaikan kau, Ketua ANC - Nurul Syuhadah.
Send!
Tapi dia baca ke? Yelah, dia kan kat hospital sekarang ini. Ah, lantaklah.. janji dia baca mesej aku tu dan terima ucapan terima kasih aku tu. Aku tak kisah pun kalau dia nak balas ke tidak.
❇ ❇ ❇
"AUCH!! Pelan pelan, bro.."
Mengerang Hafidz kesakitan. Muka Hafidz dilarikan sedikit setiap kali Adam menuam wajahnya. Sakit Woii! Mana tidaknya, Pakcik itu pun boleh tahan juga kuat penumbuknya kena pada rahang Hafidz. Menyengat! Belum lagi cerita kesan lebam pada pipi dan perut. Nak selamatkan anak dara orang punya pasal, terpaksalah.
Jika difikirkan keadaan fizikal pakcik itu yang tua dan kurus kering, memang tak sampai hati Hafidz untuk tumbuk mukanya. Tapi disebabkan perangai pakcik itu yang tidak setanding dengan sifatnya, gatal pula itu, memang kenalah tumbukan padu dari Hafidz dibahagian mulut dan dada. Nasib baik Syuhadah tak apa-apa. Kalau dia berani apa-apakan gadis itu, memang Hafidz tuntut jasadnya untuk masuk ke dalam penjara.
"Aku dah buat paling lembut dah ni, Hafidz. Kau tu lembut sangat macam sotong!" Adam selamba mengutuk Hafidz. Stress dia dibuatnya. Sudahlah dia korbankan masa yang ada untuk mengadap muka si Hafidz. Banyak songeh pula dia.
"Weh agak-agaklah nak kata dia tu lembut.. sakit tu! kalau dia sotong, takkan tercabut dua batang gigi depan pakcik tu. Kira sadolah ni" Pantas Firdaus membela Hafidz.
"Bior betik!" Bergema satu bilik itu dengan gelak ketawa mereka. Hafidz naik menyampah. Sudah-sudahlah itu. Hesyy...
"Ye tak ye juga, takkan sampai rongak gigi depan pakcik itu" Gelak Adam. Dia pun kenal siapa Hafidz dulu. Juara taekwondo disekolah dulu. Mana mungkin Hafidz kalah dengan mudah dengan pihak lawan.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...