• Bab 11 •

1.4K 159 7
                                    

MUNIRAH tak habis-habis dengan senyuman bahagianya itu. Entah apa yang buat dia begitu gembira. Hafidz pandang Ustaz Ismail kehairanan.

"Ada apa sebenarnya, Ustaz? Macam ada sesuatu je" Kini mata Hafidz beralih ke Munirah. Dia beri isyarat mata kepada Munirah agar Munirah segera memberitahunya. Jangan buat dia tertanya-tanya.

"Ustaz akan daftakan korang berdua untuk belajar ke Jordan. Jadi.. selepas korang berdua habis belajar matrik ni nanti, bolehlah sambung belajar kat Jordan pula"

Hafidz merenung Munirah dengan riak muka terkejut. "Ya Allah.. Sungguh ke ni, Ustaz?" Soal Hafidz tak percaya. Wajahnya diraup tanda syukur kepada Illahi. Munirah tayang senyuman manisnya sambil mengangguk perlahan.

"Sungguhlah ni. Kamu terlebih layak" Kata Ustaz Ismail sambil mengukir senyuman lebar. Seronok melihat anak saudaranya yang begitu teruja. Ini juga tanda minta maaf atas hukuman yang diberikan Hafidz. Hafidz tidak dilucutkan jawatan tetapi nama Hafidz disenarai hitamkan untuk mendapat kelulusan keluar dari KMPP kecuali cuti umum atau hal-hal kecemasan.

"Itu impian awak kan, Hafidz?" Soal Munirah.

Dahi Hafidz berkerut. "Ye.. tapi bukan awak kata nak sambung belajar kat UIA?"

"Tak jadi.. Bila awak cerita tentang Jordan, buat saya jadi teringin pula nak pergi sana"

Ustaz Ismail tersenyum lebar. "Eloklah tu. Bolehlah kamu tolong jaga Munirah untuk Ustaz"

Hafidz mengangguk perlahan. "InshaAllah.."

"Jaga Munirah.. seperti mana saya jaga dia" Sambung Ustaz Ismail lagi. Munirah tersenyum sipu. Berbunga-bunga bila ayahnya berkata begitu.

Hafidz telan air liur. Apa maksud Ustaz? Istilah jaga itu ada dua. Kalau disuruh tengok-tengokkan, boleh sahaja. Tapi kalau disuruh berkahwin dengan anaknya, itu Hafidz terpaksa menolak. Dia sudah anggap Munirah sebagai adik sepupu walaupun beza umur mereka setahun.

"InshaAllah, saya akan jaga Munirah. Ustaz jangan risau.. selagi Munirah dengar cakap saya, mudah saya jaga dia"

Ustaz Ismail angguk bersetuju.

❇ ❇ ❇

"ASSALAMUALAIKUM!" Bergema satu bilik kami dengan suara aku. Aku terus kuak daun pintu bilik sebaik salam aku ungkapkan. Aku tahu rakan sebilik aku jarang nak kuncikan pintu bilik.

Jeng! Jeng! Jeng!

Empat pasang mata itu pantas memandang aku tak percaya. Senyuman aku semakin lebar apabila lihat muka-muka mereka yang tertanya-tanya dengan kedatangan aku. Haha!

"Suprise!" Jeritku lagi.

"Weh Syud! Kau balik? Asal tak beritahu nak balik?" Membuntang mata Wani. Terus Wani datang meluru ke arah aku lalu memelukku erat. Rindu kat aku lah tu.

"Kata balik besok?" Soal Syira, hairan.

"Saja nak buat suprise! Rindu aku tak?"

"Serius aku rindu kau, Syud. Tanpa kau, subuh kitaorang selalu terbabas tau! Selalunya kau akan gerak kami sampai kami bangun. Bila kau tiada, tiada siapa nak gerakkan kami bangun subuh" Bisik Wani, perlahan.

Aku keluh perlahan. "Hai, kunci jam pun tak bangun juga?" Wani mencebik bibir sambil geleng kepala.

"Ayu tak kejut?" Dugaku. Rasanya Ayu pun senang terjaga macam aku. Takkan Ayu tak gerakkan mereka berdua bangun?

"Dia tu pun kadang terlepas jugak! Kalau solat pun, tidur balik. Bukannya nak gerakkan kitaorang. Sakit hati!" Omel Wani dengan nada perlahan. Aku ketawa kecil. Betul juga apa kata Wani tu. Kenyataan!

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now