SEUSAI aku dan Wani sampai dibilik, kami terus mandi dan solat. Lepas sahaja waktu isyak, kami bersiap-siap menghadirkan diri ke perjumpaan antara ahli kelab ANC di Dewan Al-Farabi. Macam biasa, aku pergi dengan Mira. Sebelum kami berangkat ke dewan, kami makan dulu. Lagipun, perjumpaan itu akan bermula pada pukul 9.30 malam ini. Cafe pula akan tutup selepas pukul 11 malam nanti. Sebelum kami lapar dan cafe tutup, lebih baik kami isi perut dulu. Aku dah Mira macam biasa akan order burger dan terus makan disana.
"Burger ayam special satu. Taruk cheese lebih ye Pakcik" jerit Mira.
"Baik, cik adik?" soal Pakcik tu pula pada aku.
"Burger daging biasa satu! Sos lebih ye Pakcik" jawabku.
"Saya pun sama, nak burger daging biasa" tutur suara garau disebelah aku. Macam kenal suara garau ini. Aku dengan Mira serentak toleh kepala ke sebelah kiri. Mata aku dan Hafidz saling bertaut satu sama lain. Hafidz ukir senyum kepada aku, diikuti dengan Mira. Bibirku statik begitu, tetapi bibir Mira mengukir satu senyuman lebar.
Amboii... Kemain dia!
Mata Hafidz kembali melirik kepada aku. Perasan agaknya aku merenungnya lama. Terasa membahang muka ini tatkala Hafidz renung aku sambil kerutkan kening. Seolah-olah nak berinteraksi dengan aku melalui isyarat matanya. Terus aku larikan pandangan dan merenung Mira semacam. Aku cuit lengan Mira. Rasanya jasad sahaja disini, walhal rohnya sudah merewang ke dunia imaginasi. Maklumlah ada orang tampan yang senyum kepadanya. Leka habis! Tak sedar masa pantas berdetik.
Hafidz tunduk dan matanya ralit memandang iphonenya. Laju tangannya scroll skrin fone atas dan bawah. Kadang-kadang tangannya menekan kekunci keypad, membalas mesej kepada seseorang. Dia nampak lain pula malam ini. Bert-shirt kelabu berlengan pendek dan berseluar sukan. Sempoi gaya pemakaiannya. Rambut Hafidz pun sudah hampir mencecah ke telinga tapi tetap nampak kemas.
Sebaik Hafidz angkat kepala, dia pandang aku pelik. Cepat-cepat aku karlih ke tempat lain. Aduh Syuhadah.. kantoilah kau pandang dia lama-lama. Ish! Buat malu jelah!
Dari sisi, aku nampak dia sengih sendiri sambil geleng-geleng kepala. "Nak pergi perjumpaan kelab makanan ke?" Hafidz mulakan perbualan.
Mira angguk penuh semangat. "Haah. Mana tahu?"
Hafidz senyum. "Oh, okay. Jumpa nanti"
Jumpa nanti?
Setelah burger kami siap dimasak dan dibungkus, terus kami makan dalam keadaan ia masih 'panas. Boleh tahan sedap juga burger pakcik ini buat. Sedang aku menikmati kesedapan daging burger buatan tangan pakcik ini, Mira buka cerita pasal Hafidz. Mungkin ini musim cerita pasal Hafidz. Dah habis program MEMORI nanti, tamatlah sesi suka-menyuka Hafidz aka Ketua ANC ini. Buat masa ini, aku terpaksalah tadah telinga. Semua orang dah suka, takkanlah aku nak kondem perasaan diaorang pulak kan?
Paling aku tak boleh terima dengan kenyataan yang baru keluar dari mulut Mira. Boleh pula dia kata muka Hafidz dengan muka aku seiras kalau tengok dua tiga kali. Hampir nak tersembur keluar makanan yang aku tengah kunyah ini. Nasib baik aku sempat telan. Air mineral dihadapan aku, aku teguk sepuasnya sebaik Mira bukakan menutupnya.
Aku jeling Mira, tajam. Nak buat lawak tak mengagak! Tengok! Aku dah tersedak..
"Mana ada sama! Jangan nak merepek"
"Adalah sama sikit.. Tang mata dan hidung. Mak aku kata, kalau muka nak iras-iras sama, maksudnya dia jodoh kita. Ha, kau doalah banyak-banyak supaya jodoh kau dengan si Hafidz tu. Nanti.. dapat anak comel!"
"Ishh, makan cepat! Kita dah lambat ni. Aku tinggal kang baru tahu"
Sempat aku pandang Hafidz sedang menjamu selera seorang diri. Aku dengar dia kena kutuk kaw-kaw dengan batch aku. Kesian Hafidz. Tapi nasib baiklah kes itu dah beransur-ansur senyap sebaik Fathia mengaku bersalah sebab sebarkan cerita yang tak betul. Dengar cerita sekarang ini teruk juga Fathia kena palau dengan kawan-kawannya sampai dia tekad nak berhenti.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
EspiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...