• Bab 23 •

1.3K 141 22
                                    

LEHER diusap lembut. Lenguh. Entah kenapa tiba-tiba badan ini terasa lemah dan panas. Mungkin juga faktor cuaca panas di Pulau Pinang yang mencecah 37°C. Kepala berpusing-pusing hingga jalan pun terhuyung-hayang. Dia seakan-akan mahu rebah! Nasib baik tangannya sempat berpaut pada tiang sebelum dia melabuh duduk di lantai gazebo. Hafidz berteduh disitu. Kepala menunduk memandang lantai.

Tup!

Setitis demi setitis darah jatuh dari hidung kiri dan mengalir laju ke bibir. Baju kemeja dan seluar turut dikotori dengan darah pekat. Lantas, Hafidz lap menggunakan lengan baju kemejanya. Hafidz menunduk sedikit sambil memicit hidung di bahagian kelopak hidung dengan lembut. Dia cuba bernafas melalui mulut.

"Ya Allah.. " Terasa sesak nafas ini. Dia perlukan pengudaraan yang baik. Butang baju kemeja pertama dan kedua dibuka. Menampakkan baju pagoda putih didalamnya. Leganya apabila angin sejuk menyapa wajah dan seluruh badannya.

Jam tangan di tangan kiri dibuka. Lambat-lambat Hafidz keluarkan telefon. Dia cuba mendail nombor Firdaus untuk pinta pertolongan. Namun tangan ini begitu lemah. Mata terasa berat. Lengan kanan mendarat ke dahi. Tanpa sedar, Hafidz terlelap.

❇ ❇ ❇

"HAFIDZ?! Hey! Kenapa ni?" Panggilku berkali-kali. Namun langsung tiada respon dari Hafidz. Cemas aku dibuatnya bila lihat dia terkulai lemah begitu. Hafidz nampak sangat lemah. Hanya sedikit sahaja kelopak matanya terbuka.

Hafidz tersenyum sendiri. "Syuhadah?"

"Hafidz, kenapa kau jadi macam ni? Ada orang pukul kau ke?" Soalku, risau. Suara aku yang keluar juga mengigil. Risau punya pasal! Lihat sahaja darah Hafidz yang terkena pada kemeja dan lengannya, buat aku fikir yang bukan-bukan.

Dia menggeleng lemah.

"Kau demam ke?"

Hafidz angguk lemah.

"Janganlah risau.. saya okey"

Risau? Mana ada! Ish!

"Aku call Munirah tau!" Aku berjalan jauh sedikit dari Hafidz. Segera aku capai telefon dari poket baju kurungku dan dengan pantas mencari nombor Munirah. Tanganku menggigil sangat. Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Kalau aku lelaki, dah lama aku papah Hafidz ke unit kesihatan. Nak minta tolong, tiada pula pelajar-pelajar lelaki yang lalu lalang disini. Mungkin waktu pun dah senja. Haruslah mereka sekarang berehat dibilik dan tunggu azan maghrib.

"Angkat Munirah.. angkat!"

Nasib baik tidak makan masa yang lama untuk Munirah angkat panggilan aku.

"Assalamualaikum, Syuhadah.. ye?"

"Hafidz! Dia tak sihat.. macam mana ni?"

"Owh yeke? Dia kat mana tu?"

Aku pandang sekeliling. "Sekarang.. sekarang ni dia kat gazebo.. Kat belakang surau.."

"Owh.. Awak seorang ke tu?"

"Haah, seorang je. Munirah, saya risaulah tengok dia. Darah banyak keluar dari hidung dia. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Cepatlah datang tengok dia," rayu aku.

Munirah ketawa kecil dihujung talian. "Bertenang Syuhadah. Nanti saya minta tolong kawan-kawan Hafidz. Sekarang ni Syuhadah just tengok-tengokkan Hafidz, boleh? Nanti Munirah ke sana.."

"Okey, boleh.. Tapi cepat tau Munirah" desakku sekali lagi.

"Ye-yee.. On the way," Munirah ketawa lagi.

Weh! Apa yang lawak? Aku punyalah takut! Tompokan darah yang terkena pada baju putih Hafidz itu pekat semacam. Entah-entah dia bertumbuk sampai berdarah hidung. Ish! Tak payahlah gaduh. Macam budak-budak jelah!

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now