"MASUK.." arah Ustaz Ismail. Pintu kaca itu ditolak sebaik dia mendengar arahan masuk dari Ustaz Ismail. Senyuman segaris dibibir dihadiahkan kepada Ustaz Ismail yang sedang memandangnya.
"Assalammualaikum Ustaz.. ada apa Ustaz nak jumpa saya?" Hafidz senyum sekadar. Ngilu jika senyum macam selalu. Lebam dipipinya masih belum baik lagi.
"Wa'alaikumusalam.. duduklah dulu Hafidz"
Pelawa Ustaz Ismail. Kertas kerja dan fail disusun kemas dan disimpan ke tepi rak besi. Hafidz duduk dikerusi yang disediakan. Selesai berkemas, kini wajah Hafidz menjadi tatapan matanya sekarang. Ustaz melemparkan pandangan kesian kepada pemuda itu sebaik melihat kesan lebam sana sini. Tertunduk Hafidz dibuatnya. Dia sedar Ustaz Ismail sedang memerhati setiap inci wajahnya tapi tak selesalah diteliti begitu.
"Ustaz kata ada hal penting nak jumpa saya.. apa dia?" Tanya Hafidz, memecah kesunyian dalam ruangan bilik kedap bunyi tersebut.
"Maaf," Ustaz Ismail duduk tegak dan berdehem beberapa kali. Entah berapa lama dia memerhatikan wajah Hafidz hingga buat anak muda itu rasa tak selesa. "Kamu ada kelas lepas ini?" Ustaz Ismail berbasa-basi dengan Hafidz sebelum bertanya hal sebenar.
"Saya takda kelas lepas ni.. tapi saya ada urusan nak kena buat. Kenapa Ustaz?" kata Hafidz, berterus-terang. Memang dia cadang selepas dia berjumpa dengan Ustaz Ismail, dia ada rancangan lain nak kena buat berkaitan dengan program MEMORI.
"Pasal program MEMORI tu ke?" teka Ustaz Ismail. Hafidz angguk. "Yup, Ustaz"
"Kamu tak boleh tangguhkan kejap ke? Abi kamu tak habis-habis suruh saya pujuk kamu balik. Tinggallah sekejap kerja kamu tu.. Pass kat orang lain,"
"Tak boleh Ustaz. Saya dah janji nak jumpa pihak yang nak sponsor program kita tu petang ni. Saya tak boleh nak lepas tangan, Ustaz.." Tolak Hafidz, beradap. Bukan dia nak melawan arahan orang tuanya, tapi dia tak boleh mungkiri janji setelah dia sudah berjanji. Hafidz juga sejenis manusia yang apabila dia sudah dapat satu tanggungjawab, susah untuk dia serahkan kerjanya itu kepada orang lain atau lepas tangan begitu sahaja. Itu prinsip hidup Muhammad Hafidz Khair. Tak siapa boleh menghalangnya termasuk Umi atau Abi nya.
"Bukan saya suruh kamu lepas tangan, Hafidz.. tapi saya nak kamu rehat dan baikkan muka kamu tu dulu. Teruk sangat saya tengok. Lagipun Munirah boleh gantikan tempat kamu, kan." pujuk Ustaz Ismail. Hafidz seperti menganggak apa yang Ustaz Ismail nak beritahu. Teruk sangat ke muka aku?
Faham.. Ayah saudaranya itu kasihan dengan keadaan yang menimpa dirinya tapi itu bukan alasan untuk Hafidz tidak perlu buat kerja. Dia cedera pada muka, bukan pada tangan atau kaki. Dia masih mampu berkerja dan jalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua ANC seperti biasa. Sebelum ini, Hafidz banyak terlepas pandang pada tanggungjawabnya dan terpaksa menyerahkan sebahagia tugasnya kepada Munirah untuk dia uruskan setiap kali ada program yang berjalan serentak dengan program yang dianjurkan.
"Sinikan saya boleh berehat.. Tolong Ustaz, kali ini jangan libatkan Munirah lagi. Saya boleh buat sendiri, InshaAllah" Riak wajah Hafidz serius kali ini. Harap Ustaz Ismail faham akan kemahuanya.
Baru Ustaz Ismail mahu lanjutkan perdebatan, telefon Hafidz berdering. "Kejap ye Ustaz" Panggilan itu diutamakan Hafidz daripada dia terus bertikam lidah dengan Ustaz Ismail. Melalui cara Hafidz berkomunikasi dengan seseorang dihujung talian, Ustaz Ismail sudah dapat menganggak siapakah disebalik orang yang menelefon anak saudaranya itu.
"Assalammualaikum Abi.. Ye, Hafidz tak boleh balik minggu ni sebab ada kerja nak buat. Tak.. lebam takdalah teruk sangat. Biasa-biasa je. Ye.. Eh tak payahlah Abi. Hafidz okey je ni, Alhamdulilah.. Nanti baiklah lebam ni. Ye.. Hafidz dah besar, pandailah jaga diri ni.." ujar Hafidz dengan nada perlahan dan lembut. Hafidz pandang muka Ustaz Ismail. Mesti Ustaz Ismail ada beritahu Abi pasal benda ni.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
روحانياتPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...