• Bab 33 •

1.2K 129 22
                                    

BERLAPIKAN rumput yang masih basah, Hafidz baring diatasnya. Mata dipejam rapat. Seperti biasa, lengan kiri diletak diatas dua kelopak mata manakala sebelah lagi diatas atas perut. Nafas ditarik pelan-perlahan lalu dhembus lembut ke udara. Dahinya sedikit berkerut.

Ya Allah, betul ke apa yang aku buat ni?

Aku akan bahagiakah dengan cara begini?

Tapi kenapa sakit, ya Allah?

Hafidz tekup wajahnya. Tangisan halus mula kedengaran dari mulut Hafidz yang terbuka sedikit. Wajah yang diraup lembut tadi ternyata sudah basah dengan air mata sendiri. Dia tertawa kecil. Entah mengapa, hatinya begitu sensitif apabila diuji dengan cinta dan perasaan. Bukan dia tak belajar melepaskan, cuma..

Aku cinta dia, Allah..

Engkau tolonglah hilangkan perasaan ini.

Jika itu yang terbaik buat aku.

Apabila air mata sudah kering, Hafidz angkat tangan kanan tinggi ke udara. Telapak tangan betul-betul dihadapkan ke langit seolah-olah cuba mengapai langit Allah. Secara tak langsung, dia teringat akan doa Umar Al Khattab. "Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan ia di lubuk hati kami."

Hafidz mula tersedar sesuatu.

❇ ❇ ❇

SUDAH 2 hari Syuhadah demam panas. Mana tidaknya, selepas pulang dari bertemu Hafidz kemalrin, dia terus bawa diri menuju ke surau untuk tenangkan hati. Tak sangka sampai tertidur bila tiba disana. Penat. Sebaik dia dikejutkan oleh Munirah kerana ketika itu azan maghrib sedang dilaungkan, Syuhadah segera bangkit dari baring bagi menghormati azan. Saat itu, dia mula sedari satu tubuhnya terasa amat sejuk hingga ke tulang. Kepala pula sakit bukan kepalang. Tak sangka pula dia selepas terkena hujan panas, boleh jatuh sakit sampai begini sekali.

Namun begitu, Syuhadah tetap gagahkan diri untuk hadir ke kelas dengan membawa panadol bersama sebagai persiapan sekiranya demamnya itu datang balik. Setiap kali Syuhadah rasa tubuhnya mula kesejukan, cepat-cepat dia makan panadol dua biji. Alhamdulilah dia sudah kembali sihat. Cumanya ada satu hari itu, Syuhadah tidak dapat datang 3 kelas pada hari tersebut kerana magrain.

Terpaksalah dia sediakan surat cuti sakit untuk Puan Rohani, Puan Ros dan Sir Danny. Antara ketiga-tiga pensyarah itu, Sir Danny lah yang kalau boleh dia mahu mengelak dari berjumpa. Eh hello, dia terkilan kut dengan Sir Danny sebab menipunya selama 2 bulan. Persoalannya, Sir Danny mahu ke hadap muka aku lagi?

Harap-harap tak.

"Puan.. Ini surat mc saya. Saya minta maaf sebab tak dapat hadir kelas puan. Saya magrain" Syuhadah serahkan surat mc kepada Puan Rohani, yang merupakan pensyarah ekonomi paling lama bertugas di KMPP.

"Magrain? Ala, saya faham sangat kalau sakit magrain ni. Memang tak boleh buat apa selain makan ubat dan terus tidur. Tidur pun bilik kena bergelap. Baru selesa tidur. Takpa.. asalkan awak ada surat mc, kira ada bukti yang awak sakit.." kata Puan Rohani sambil tangannya licah mencatit sesuatu di dalam buku log.

"Terima kasih, Puan". Sementara menanti Puan Rohani mengesahkan surat cutinya di komputer, telinga Syuhadah seakan tertarik untuk dengar sekumpulan pensyarah itu membawang tentang seseorang yang amat dia kenal. Suara-suara itu datang dari suatu sudut tidak jauh dari tempatnya berdiri. Butir bicara mereka cukup jelas didengar.

"Apa nak jadi dengan budak Kasyah tu. Dengar cerita dia dah taknak sambung belajar. Rugi betul" ulas Puan Waheeda.

"Lah sayangnya. Bukan budak tu budak bijak ke? Habis tu dia nak jadi apa kalau taknak sambung belajar? Setahu saya, keluarga dia bukan orang senang kan?" tanya Puan Karimah bagi mendapatkan kepastian.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now