"AKU cuma nak balas dendam. Lagipun bukan aku seorang yang planned semua tu. Raisyah pun terlibat sama. Dia pun nak balas dendam dekat kau sebab tinggalkan dia macam tu je,"
Kata-kata Kasyah masih tergiang-giang di telinga Hafidz. Balas dendam?
Nafas dihela kedengaran berat. Mata dipaksa pejam meskipun dia belum dapat tidur. Entah mengapa, peristiwa yang setahun sudah berlalu itu asyik bermain di layar fikirannya. Dia terimbau kembali detik-detik hitam yang berlaku dalam hidupnya sekaligus membawa Hafidz kembali ke masa itu.
Setahun yang lalu,
Hafidz memerhati pemuda itu dari jauh. Tidak silap dia, pemuda itu bernama Edrus seperti tertulis diposter sempena minggu MEMORI. Edrus yang merupakan alumni KMPP dan juga bekas Ketua ANC telah dijemput datang sebagai tetamu jemputan merangkap imam solat maghrib pada malam itu.
Beliau nampaknya disegani rata-rata pelajar-pelajar disini. Terdetik dalam hati Hafidz, pemuda ini pasti ada 'sesuatu' sehingga wujud rasa kagum dalam hatinya. Akhaknya dan budi pekerti anak muda itu benar-benar menyentuh hati nurani Hafidz sehingga terketuk untuk berubah.
Eh.. kejap! Berubah? Dalam mimpilah, Hafidz...
Lambat-lambat kaki diatur meninggalkan tempat itu. Setiba di bilik, Hafidz melabuh duduk dibirai katil. Dalam fikirnya asyik terfikir tentang 'Taubat'. Adakah terlalu awal untuk dia bertaubat memandangkan usianya masih muda? Bagaimana kalau dia sudah buat solat taubat pun, tetap lazimi dosa? Adakah Tuhan masih beri dia peluang untuk bertaubat sekali lagi dan ampunkan dosa-dosanya?
Haish! Nantilah-nantilah Hafidz oii... Enjoy dulu!
Kau kan muda lagi.. relaks!
Tuala disangkut diatas bahu sebelum dia melangkah menuju ke bilik air. Sejam dia berada di bilik air hanya memikirkan kejahatan yang pernah dilakukan sebelum ini terutama sekali pada budak nerd itu.
Ah! Lantaklah!
Rambut yang basah diraup ke belakang. Lantas tubuhnya dikeringkan dengan tuala yang dibawa tadi. Kemudian tuala tadi dibaluti sekeliling pinggang.
Hafidz melangkah masuk ke biliknya semula. Sementara dia menyarungkan baju putih lengan pendek dan seluar pendek paras atas lutut ke tubuh, matanya beralih pada meja belajar. Dia merengus kecil. "Ish, seleraknya!"
Sambil-sambil dia mengemas meja, berbola matanya beradu pada kitab suci Quran yang sudah lama tidak disentuh apatah lagi dibaca. Bahkan kitab itu penuh dengan habuk. Jari jemari Hafidz menolak lembut habuk-habuk itu dengan tangannya sendiri. Memandangkan dia ada ambil wuduk selepas mandi tadi, tiada keraguan untuk menyentuh Quran itu.
Hafidz terbatuk-batuk dek habuk yang bersisa disekeliling kitab itu berterbangan ke wajahnya. Hampir nak terbersin, tapi tiba-tiba tak jadi. Geram betul! Tak berlengah lagi, Hafidz angkat Quran separas dadanya lalu dibelek satu per satu. Dalam hati, timbul rasa serba tak kena.
"Patut ke aku baca malam ni?"
Lama Hafidz berfikir. Tidak lama itu, hatinya berbisik lagi. "Ah! Esoklah aku baca.."
Hafidz letak Quran itu ditempat paling tinggi. Dia lintangkan sejadah menghadap kiblat. Walaupun agak lewat, dia tetap tunaikan solat maghrib dan seterusnya solat isyak sebelum dia masuk tidur.
'Jahat macam mana pun kita, jangan pernah tinggal solat.' Itu ayat yang biasa dia baca di media sosial. Umi dan Abi juga berkali-kali pesan padanya agar solat di awal waktu. Tapi diendahkan sahaja walaupun dia tahu fadilat solat di awal waktu itu besar ganjaran.
"Janji solat daripada tidak." balas Hafidz, selalu memandang remeh hal-hal agama.
Malam itu, hujan turun dengan lebat. Mata terasa berat mahu tidur, tapi tiba-tiba sahaja nombor Raisyah naik di skrin telefon pintar miliknya. Ringtone berlagu Just A Dream- Sam Tsui feat Christina Grimmie membingitkan telinganya. Banyak kali nombor itu naik walaupun sudah berkali-kali Hafidz reject. Untuk kali ke-11, Hafidz terpaksa angkat.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
EspiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...