Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Aku masih tertunggu-tunggu kedatangan Pak Cik Hamid yang telah berjanji untuk menjemputku di stesen bas ini. Sudah 3 jam aku berada di atas bas ekspress dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak. Negeri Kelahiran Ibubapa aku. Mak Long tidak habis mempelawa aku untuk menginap di rumahnya memandangkan tiada orang yang ingin menjaga makan minumku di Kuala Lumpur kerana Ibubapaku telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya sebulan yang lepas. Kami sekeluarga dulu pun jarang balik ke kampung ini. Kata arwah ayah, ayah mempunyai alasan tersendiri yang tidak perlu aku tahu. Aku iyakan saja
Aku membuka plastik roti kerana perutku sudah berkeroncong garang hendak diisi. "Nak naik teksi ke dik ? Mari pakcik hantarkan. Rumah adik kat mana?" pelawa seorang pemandu teksi yang daripada tadi ingin mencari pelanggan. Petang begini pun mereka masih terpacak di stesen bas untuk mencari rezeki.
Tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil dari arah belakang. "Adam! Pak Cik kat sini" jerit Pak Cik Hamid. Sepantas kilat aku menyimpan semula roti dan mengangkat beg yang entah apa aku isi semasa di KL tadi menuju ke kereta Pak Cik Hamid. "Berat jugak beg ni" bisik hatiku. Pakcik Hamid membantu aku mengisi beg ke dalam perut kereta.
"Keputusan SPM dah tak lama lagi kan?"pertanyaan Pakcik Hamid memecah kesunyian suasana di dalam kereta. "Ya pakcik. Tiga minggu lagi rasanya"jawabku spontan kerana lupa tarikh yang sebenar keputusan SPM diumumkan. "Janganlah kau pikirkan lagi tentang nasib diri kau tu Adam. Insha-Allah, Pakcik Hamid dan Mak Long kau akan menjaga kau seperti anak kami sendiri" kata Pakcik Hamid kerana dia tahu yang aku sebenarnya masih lagi tidak dapat menahan hakikat bahawa ibubapaku yang telah menjaga aku selama ini pergi begitu saja. Aku tidak mempunyai sauadara mara yang ramai. Orang yang paling rapat dengan keluarga aku cuma ada kakak kepada ibu aku iaitu Maklong. Hanya dengan Pakcik Hamid dan Maklong lah tempat untuk aku bergantung setelah mereka tiada. Aku berasa amat beruntung kerana ada juga insan yang ingin menjaga aku.
Sampai sudah di rumah Pak Cik Hamid. Maklongku menyambut kedatanganku dengan begitu gembira. Pak Cik Hamid mengangkat bagasiku ke anjung rumah."Wah awak ni Limah, pantang je jumpa anak saudara kesayangan awak tu terus awak lupa saya kat sini" usik Pak Cik Hamid kepada maklong. "Eh mestilah. Yang hensem hensem ni mestilah anak saudara kesayangan saya" tambah Maklong membuatkan aku tersenyum sendirian.
"Mak, yati dah kemas bilik abang Adam ni" sahut Hayati. Anak tunggal kepada pasangan ini yang berumur kurang setahun daripada aku. "Adam dah makan tengah hari?" Tanya Maklong. "Belum lagi Maklong." jawabku selamba. "haa elok la tu. Maklong ada sediakan nasi beriani ni untuk Adam" balas Maklong. "Terima kasih Maklong"jawabku. "Malam ini Adam ikut Pak Cik ke surau ye untuk jemput Jemaah surau datang ke majlis tahlil mak dan ayah Adam" kata Pak Cik Hamid. "Baiklah pakcik." balasku sambil menuang teh ais dan terus menerobos ke tekak aku. Nyamannya rasanya. Sedap betul masakan Maklong. Inilah kali pertama aku makan nasi beriani sesedap ini setelah ibubapaku meninggal. Hidup keseorangan di KL memang memeritkan bagi aku. Memang betul lah langkah yang aku ambil ini untuk tinggal bersama Maklong di kampung.
YOU ARE READING
Sucikan Aku
RomantizmJika aku diberi pilihan untuk dilahirkan semula, tentu aku akan minta untuk menjadi "kayu" agar tidak melalui semua ini.