🔑 Bab 4 🔓

7.7K 772 0
                                    

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Jaera menyiapkan dahulu Jaemin sebelum melakukan kerja lain. Dimandikan, disusukan, ditukarkan lampin. Selepas itu, dia membiarkan anak lelakinya itu bermain di ruang tamu.

Mingyu tiada. Pagi-pagi lagi sudah keluar. Kerja? Entah. Penat dia hendak menanya. Jawapannya bukan seperti dulu. Menyakinkan, membuat dia tersenyum dan sentiasa rindu. Sekarang... semua itu seakan hilang dan terhakis perlahan-lahan.

Jaemin dipandang dengan mata yang sedikit sayu. Melihat wajah bayi itu yang mirip dengan ayahnya.

Ding dong. Ding dong.

Jaera mengangkat kepala lantas menghalakan anak matanya ke arah pintu rumah.

"Baby... stay here okay. Don't move." Sempat dia memesan kepada anak kecilnya yang sedang meniarap di atas comforter lembut sebelum bangun untuk membuka pintu. Kakinya menjejak perlahan. Loceng pintu tidak habis-habis ditekan.

"Sekejap!" Jaera buka pintu.

"Park Jaera!"

Jaera terperanjat kerana tubuhnya dipeluk tiba-tiba. Diiringi dengan tangisan.

"Un.. unnie Aira."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now