"Un.. unnie Aira." Jaera memeluk perlahan tubuh kakaknya yang masih lagi menangis di bahunya. Jaera tutup pintu dengan sebelah tangan. Tidak mahu orang lain melihatnya.
"Unnie, what's wrong with you?" Soal Jaera sambil menolak perlahan bahu Aira. Wanita itu masih menangis. Tangisannya panjang tetapi tidak kuat. Namun bahunya terhinjut-hinjut kerana menangis.
"Jae..."
"Ya, unnie? Tell me why?"
"Abang ipar awak..."
Jaera serta-merta menggigil. Terasa sejuk kaki dan tangan. Dia tahu masalah kakaknya dari dulu lagi. Masalah rumah tangga.
"Kenapa dengan Seung Cheol?"
"Dia failkan penceraian."
"What?!" Jaera tersentak. Wajah merah padam kakaknya dipandang.
"Unnie... 10 tahun kut. Kenapa mesti bercerai?" Jaera menggigil. Takut. Terimbau bagaimana hubungannya dengan Mingyu. Begitulah perubahan yang berlaku kepada suami kakaknya, Seung Cheol. Berubah selepas lama berkahwin. Tetapi Mingyu tidak lama. Usia perkahwinan mereka tidak sampai lagi 5 tahun. Baru 3 tahun. Tetapi sikap Mingyu mula berubah.
"Unnie tak kuat. Dia marah sangat sebab hal dulu." Kata Aira. Air matanya tidak boleh berhenti.
"Pasal anak? Pasal kematian Min Seon? Macam tu?"
Aira mengangguk lambat-lambat. Jaera melepaskan nafas panjang. Tubuh Aira dibawa ke dalam pelukan.
"Min Seon meninggal dunia bukan sebab unnie. Min Seon meninggal sebab tersedak susu je. Nanti Jae cakap dekat Seung Cheol pasal ni."
"Tak payah!" Aira menolak tubuh Jaera dengan kasar dan menggeleng laju. Bahu Jaera dipegang erat.
"Ja.. jangan. Unnie tak nak dia marah unnie. Unnie keluar rumah, dia tak tahu. Nanti dia..."
"Shutt... jangan risau. Unnie rehat ya? Malam ni, tidur sini." Jaera menarik kakaknya ke ruang tamu. Jaemin yang sedang meniarap memandang wajah ibu dan ibu saudaranya dengan mata bulat.
"Mingyu tak marah ke?"
Jaera menggeleng laju.
"Tak. Dia tak marah."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...