🔑 Bab 12 🔓

7.1K 711 24
                                    

"Mingyu, apa yang awak buat ni?" Bergetar suara Jaera menyoal selepas mendekati suaminya yang sedang berdiri mendukung Jaemin, ditemani oleh seorang wanita yang cukup cantik dan menawan.

"Apa?"

"Apa awak tanya? Awak buat apa dekat sini? Siapa dia?" Bagai terlupa dengan tujuan asal, Jaera menalu-nalukan soalan itu sambil meluruskan jari telunjuk ke arah wanita tersebut.

"Awak tak kenal saya ke?" Dengan senyuman, wanita itu berjalan ke arahnya. Ketinggian Jaera lebih tinggi berbanding wanita tersebut. Jaera tiada rasa hendak tersenyum. Moodnya tidak berapa cantik. Ditambahkan lagi dengan keadaan kakaknya yang terbaring di dalam.

"Siapa awak?"

"Kyung Ri. Yoon Kyung Ri. Ex..."

"Jae, tadi kenapa jerit?" Mingyu memintas membuatkan kata-kata Kyung Ri terputus, arah mata Jaera bertukar. Serta-merta dia teringatkan kakaknya.

"Unnie pengsan. Tolong saya." Jaera menarik lengan suaminya itu, meminta mengikut kehendaknya. Tetapi Mingyu keraskan tubuh.

"Kejap. Awak pegang Jaemin. Biar saya dengan Kyung Ri bawa Aira pergi hospital." Mingyu menghulurkan Jaemin ke arah Jaera. Jaera ternganga. Namun disambut juga huluran suaminya itu.

"Mingyu, kenapa pula Kyung Ri? Saya?"

"Baby tak boleh masuk wad. Siapa nak jaga Jaemin nanti?" Mingyu sempat memberi isyarat kepada Kyung Ri sebelum beredar masuk ke dalam rumah. Jaera memandang Kyung Ri yang sedikit serba salah itu.

"Pergi je, Kyung."

"Maafkan saya..."

Jaera mengangguk. Terpaksa. Dipandang kakaknya yang sudah dicempung masuk ke dalam kereta. Mingyu mula masuk ke dalam kereta, begitu juga Kyung Ri. Bergerak pantas kereta itu melintasinya. Seperti melintasi orang asing.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now