Keadaan Jaera dan Mingyu bagai retak menanti belah. Keadaan mereka akan nampak baik bila bergurau di hadapan Jaemin. Tetapi itu hanya sementara. Tidak lama.
Jaera seperti biasa, duduk di sofa, melayani Jaemin. Sambil itu tangannya membetulkan sedikit baju tidur Jaemin yang sudah tidak terurus. Sengihan gusi anak lelakinya mengundang tawa. Sekali dengar, tawa anak lelakinya seakan mirip dengan suara Mingyu. Wajah Jaemin juga saling tidak tumpah dengan suaminya. Namun perkara itu sekarang sudah tidak utama dalam hati Jaera.
Hatinya kosong. Puas mengharap. Puas berusaha. Dia tidak tahu di mana punca dan salahnya. Tetapi apa yang dia sedar, Mingyu mula berubah sejak dia melahirkan Jaemin. Ya, sejak itu. Yang di mana Kyung Ri datang untuk menjenguknya di hospital. Namun pada ketika itu, Jaera perasan, ada kelainan yang berlaku terhadap Mingyu.
Sejak itulah Kyung Ri selalu berhubung dengan Mingyu. Status lama seakan hidup semula. Walaupun sudah berkahwin.
Pedih hatinya, hancur jiwanya, tidak pernah Mingyu hiraukan. Malah semakin lama hatinya mula mati. Tiada istilah segar lagi.
"Anak appa..." Mingyu datang dari dapur sambil mengagah Jaemin yang berbaring di atas comforter tebal yang hangat itu. Lebar sengihan Jaemin tatkala wajah ayahnya menjamah mata.
"Mingyu," Jaera menyeru. Mingyu mengangkat kepala selepas pipi Jaemin menjadi mangsa kucupannya.
"Hmm.."
"We need to talk." Nafas dihela. Mingyu alihkan mata dan kembali fokus pada Jaemin.
"Apa salah saya, Mingyu? Sampaikan awak berubah macam ni."
"Saya dah cakap, kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak."
"Awak nak bercerai dengan saya?!"
"Terpulang."
Hilang nafas Jaera dibuatnya. Aksi Mingyu yang bersahaja, wajahnya yang tenang, membuatkan dirinya seperti perempuan yang terdesak.
"Mingyu, kenapa awak macam ni?"
Mingyu diam. Dia masih dengan Jaemin. Gelak tawa Jaemin tidak dihiraukan.
"Mingyu, saya tak faham dengan awak. Kenapa cepat mengalah?! Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia."
Mingyu angkat kepala.
"Suami awak dah lama mati. Hati Kim Mingyu dah lama mati." Ucap Mingyu sebelum bangun dan beredar.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...