🔑 Bab 31 🔒

8.4K 649 4
                                    

"Dan yang paling penting, jangan pisahkan dia dengan orang yang paling dia rapat."

Berkali-kali ayat itu bermain di minda Jaera. Sesekali tangannya menepuk punggung Jaemin yang berlapis lampin pakai buang. Anaknya masih lena tidur selepas diberikan ubat tidur oleh doktor tadi.

Keadaan Jaemin masih lagi dalam pemantauan. Walaupun sekadar demam biasa, tetapi jika tidak dirawat dengan betul, Jaemin boleh meragam kerana tidak selesa dengan persekitaran baru.

Jaera meraup wajahnya berkali-kali. Dia cuba untuk mengumpulkan kekuatan yang sudah lama hilang dan berderai. Dia juga cuba untuk berlakon seperti biasa. Tetapi dia tahu, dia tidak boleh.

Bagaimana dia hendak jauhkan diri dari Mingyu sedangkan Jaemin merindukan lelaki itu?

Bagaimana dia hendak berpisah dari Mingyu walhal hati anaknya masih melekat dengan ayahnya?

Bagaimana dia hendak cuba hidup sendirian sedangkan fizikal dan mentalnya juga sebenarnya memerlukan seorang lelaki itu menyokong?

Bingung.

Keliru.

Tak yakin.

"Perlu ke aku telefon dia?"

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now