🔑 Bab 38 🔓

9.2K 674 4
                                    

Jaemin sudah boleh dikeluarkan dari hospital. Hanya Jaera. Mingyu tiada. Uruskan hal Kyungri buat kali terakhir sebelum pergi ke hospital Jaemin semula. Kyungri dalam proses pemulihan selepas ahli keluarga angkatnya datang dari China. Jadi Mingyu ada sedikit ruang untuk tanggungjawab asalnya.

Jaera labuhkan punggung di ataa sofa. Jaemin berada di pangkuan. Nampak ceria seperti selalu. Matanya bulat cantik, pipinya gebu. Sihat sepenuhnya.

"Kim Jaemin."

Nama Jaemin diseru oleh jurukaunter dua di ruang penjelasan bil. Tetapi baru sahaja Jaera hendak mengangkat punggung, seseorang datang daripada belakang dan menuju ke kaunter 2. Terdiam Jaera dibuatnya.

"Pa..." Jaemin kenal insan itu. Dia mula mengesam bau ayahnya. Kuat deria seorang anak.

Mingyu memusingkan tubuh kembali menghadap belakang dan berjalan ke arah anak dan isterinya. Beg galas berisi barangan Jaemin dicapai.

"Dah? Jom." Lengan Jaera dipegang untuk menarik isterinya berdiri. Tetapi dia keraskan tubuh.

"Kenapa ni, hmm?"

"Kenapa bayar bil rawatan Jaemin?"

Mingyu mengeluh pendek. Dia membongkok memandang Jaera, dalam.

"Jaemin anak kandung saya. Saya ayah dia. Takkan saya tak bayar?"

"Habis sebelum ni?"

"Sayang, past is pas..."

"Takkan pernah padam dalam ingatan saya. Awak..." putus ayat Jaera dibuatnya apabila Mingyu mencangkung di hadapannya sambil memegang tangan. Pada ketika itu, wajah Jaera berbahang. Semua orang melihat.

"Hei, berdirilah. Orang nampak."

Mingyu tersenyum nipis.

"Kenapa? Malu?"

Jaera berdecit kecil. Dia terpaksa juga berdiri. Kemudian selepas itu Mingyu turut berdiri juga.

"Tahu pun sayang takut."

Tanpa menoleh, Jaera terus mengambil langkah untuk beredar. Mingyu dibelakang mengekori dengan senyuman nipis.

Sayang, our love is start. Again.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now