"Tadi awak nak cakap apa?" Soal Jaera selepas kereta bergerak. Masih tidak berpuas hati dengan suaminya.
"Apa?" Senyuman terbit pada bibir Mingyu. Dia fokus pada jalan raya.
"Tadi. Yang awak cakap something wrong dengan saya. Apa dia?" Tidak mengalah Jaera hendak menyoal. Langsung tidak berpuas hati dengan Mingyu yang buat-buat tidak tahu sahaja.
"Tak ada apa-apalah." Mingyu patahkan topik.
"Alah, Mingyu. Bagitahulah."
"Apa, sayang? Nothing to tell."
"Tadi tu apa?"
Mingyu ketawa kecil. Tangan Jaera dipegang dengan tangan kanannya.
"Saja je cakap. Tak ada apa-apa yang pelik pun." Jawab Mingyu. Jaera berdecit kecil. Dia kembali fokus dengan Jaemin yang nampak mengantuk itu. Terlentok comel di atas lengannya.
"Okey. Tak nak bagitahukan. Saya bukannya penting pun."
"Hei... kenapa cakap macam tu?"
Jaera diam. Berjauh hati. Tak tahu pula kenapa tiba-tiba jadi begini. Seperti sudah dilupakan masalah lama.
"Sayang..."
Senyap. Jaera sibukkan diri dengan telefon walaupun tangan Mingyu erat memegang tangannya.
"Dengar tak ni?"
"Apa?"
"Ada pun suara. Ingatkan isteri saya mute tadi." Mingyu masih dalam mood bergurau. Jaera menoleh.
"Cepatlah bagitahu saya."
"Apa dia? Saya rasa..."
"Dahlah. Tak payah cakap dengan saya."
Merajuk betul.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...