Kekok. Ya. Sangat kekok.
Kalau diikutkan, memang tidaklah dia berbathrobe sahaja di dalam bilik ini. Jaemin diserahkan kepada Aira, sementara Jaera cuba untuk mengikut kata-kata kakaknya.
Jaera memang tidak rasa yang Mingyu berubah kerana kurang layanan darinya selepas melahirkan Jaemin. Mingyu tidak pernah bertanya, meminta, atau apa cara sekalipun. Lelaki itu berubah tidak kira masa, tempat dan bila. Kadang-kala Jaera sendiri tidak tahu apa punca Mingyu berubah.
Tubuhnya dilabuhkan di katil dan perlahan-lahan dia berbaring. Matanya mengantuk. Tidak terfikir hendak menukar pakaian, Jaera tertidur.
-
Terasa tubuhnya hangat. Seperti ada sesuatu yang melindungi tubuhnya. Perlahan-lahan dia membuka mata.
"Mingyu."
Mingyu di hadapan mata. Sedang tidur mengiringkan tubuh dengan tangan melingkar tubuhnya. Jaera galihkan tangan itu sebelum duduk.
Kejap. Rasa macam... pelik.
"Sejak bila aku ganti baju?" Bathrobe yang sebelum tidur dia sarungkan kini tergantung pada paku pintu. Tubuhnya tersarung pakaian tidur yang agak... menyakitkan mata.
"Dia gantikan?!" Seakan hendak terjatuh rahang Jaera dibuatnya. Macam mana dia boleh tak sedar?!
Rambut panjangnya disanggul tinggi. Kakinya bergerak ke pintu tandas. Bergerak sahaja dia di hadapan cermin, matanya membulat.
Lehernya yang ada sedikit kesan lebam kemerahan diraba. Bibirnya yang sedikit memerah disentuh. Okey. Pelik.
Malas hendak fikirkan jauh, Jaera mencuci wajahnya dan keluar semula dari tandas. Mingyu sudah tersedar.
"Da.. dah bangun?"
"Hmm.."
Dingin. Macam selalu. Jengkel dengan sikap Mingyu, Jaera bergerak ke balkoni bilik. Ingin mengambil angin. Sampai sahaja dia di sana, Mingyu datang mendekat.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...