🔑 Bab 44 🔓

8K 621 0
                                    

"Dah siap?" Mingyu datang mendekat ke arah isterinya setelah melihat Jaera keliar dari rumah Aira.

"Dah."

"Nak balik atau nak terus ke rumah omma appa?" Lembut suara Mingyu menanya. Cukup berhati-hati. Tidak mahu menggoreskan hati itu sekali lagi buat kali yang kedua.

"Suka hati awak. Saya tak kisah." Jaera cuba bertindak macam biasa. Tetapi dia seakan kaku. Dia cuba hendak berubah. Tetapi payah. Keras. Jaemin yang berada di dalam dukungan Mingyu diambil.

"Penat tak? Saya nak terus ke sana. Senang sekali jalan." Kata Mingyu.

"Penat sikit."

"Kalau macam tu kit..."

"Tak apalah. Jalan je terus. Tak payah dua kali jalan." Kata Jaera. Lengan Mingyu dipegang. Dia tahu lelaki itu mahu menjaga hatinya. Tetapi tidak perlu seteruk itu. Terasa bersalah pula.

"Betul ni?"

Jaera mengangguk. Mingyu tersenyum nipis. Dia membuka pintu kereta, menyuruh Jaera masuk.

"Sayang,"

"Hmm..."

"I feel something wrong with you." Mingyu masih tidak menutup pintu kereta walaupun Jaera sudah masuk ke dalam perut kereta.

"Apa dia?" Berkerut dahi Jaera dibuatnya. Dia menuntut jawapan. Tetapi Mingyu tidak menjawab. Dia terus menutup pintu kereta dan beredar ke tempat pemandu.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now