🔑 Bab 59 🔒

6.9K 594 2
                                    

Keadaan Mingyu langsung tidak sama dengan apa yang Jaera menjangkakan semalam. Lelaki itu membatu dengan dirinya sendiri. Bangun pagi, sudah tiada di sisi. Bukan sahaja Mingyu, anaknya Jaemin juga tiada. Jaera tidak terlalu risau kerana Mingyu pasti akan membawa Jaemin keluar bersama jika awal pagi begini.

Tetapi dia rasa agak terpinggir diperlakukan begitu. Fikirnya, Mingyu sekadar merajuk biasa. Tetapi ini sudah masuk ke kes kritikal.

Jaera mencapai getah rambut dan disanggul tinggi sambil berjalan menuju ke pintu bilik. Tangga dituruni perlahan-lahan. Sampai sahaja dia di dapur, dia mula menyediakan sarapan pagi.

Setengah jam selepas itu, Mingyu pulang bersama Jaemin. Ketika ini, sarapan pagi sudah disediakan.

"Baby..."

"Ma..." segar wajah Jaemin pagi-pagi ini didukung oleh ayahnya. Jaera menjeling wajah Mingyu. Tenang.

"Makan?"

"Dah."

"Bila?"

"Luar tadi."

Jaera mencekak pinggang. Dia memandang Mingyu yang bersahaja meletakkan Jaemin di dalam worker. Jaera segera menarik lengan lelaki itu dari beredar.

"Hei... marah lagi ke? Kenapa macam ni?"

Mingyu menegakkan tubuh dan memandang Jaera tanpa perasaan.

"Tak nak cakap sesuatu dengan saya ke?"

"Apa?"

"Awak lupa?"

"Apa dia?"

Jaera diam. Tangannya memegang tangan Mingyu. Erat. Berharap lelaki itu ingat tentang tarikh hari ini. Tetapi melihat wajah Mingyu yang kebosanan, dia akur. Perlahan-lahan dia lepaskan.

"Tak apalah. Saya nak makan."

Dan Mingyu terus sahaja berlalu...

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now