🔑 Bab 24 🔓

7.7K 700 61
                                    

Tiada bicara yang keluar dari mulut Jaera selepas kepulangan Mingyu tadi. Mingyu pula tidak bercakap, dia tiada perasaan hendak berbahasa. Hatinya masih sakit. Sungguh terasa disisihkan oleh suami sendiri.

"Ma.. ma..." Jaemin cuba menyebut sesuatu. Mata Jaera tertumpu pada anak lelakinya itu.

"Apa, sayang?"

"Maa..."

Jaera tersenyum manis. Jaemin sangat bijak. Mulutnya lembut cuba menyebut perkataan walaupun tidak berapa jelas.

Tubuh Jaemin didukung dan didirikan di atas pahanya. Pipi gebu itu dikucup manja. Tergelak besar anak kecil itu dibuatnya. Diagah, dicium, disakat sepuas hati. Sehingga Jaemin teralih perhatian kepada seseorang.

"Paa..."

Senyuman Jaera hilang. Tubuh Jaemin mengeliat minta didukung oleh ayahnya. Mingyu labuhkan punggung di sebelah Jaera dan tarik Jaemin dari dukungannya.

"Anak appa sayang..." suara Mingyu memecah kesunyiaan. Jaera capai alat kawalan TV dan sengaja kuatkan suara sehingga menedengungkan rumah besar ini.

"Awak nak jiran dengar ke apa?" Mingyu menegur. Jaemin masih berada di ribaannya. Sedang bermain dengan cincin kahwin.

"Biarlah."

"Perlahankan sikit."

Jaera tidak dengar. Dibiarkan sahaja. Sakit hati, marah, geram, sedih. Pandang muka Mingyu pun dia tidak semangat. Tak ingin.

"Park Jaera, boleh tak kalau sekali je awak dengar cakap saya?"

"Awak fikir awak je. Saya ni? Saya ni dah macam perempuan terdesak tahu tak?! Saya tanya, saya soal, awak jawab dan buat saya macam perempuan tak ada maruah. Saya ni siapa, Kim Mingyu?! Siapa?!"

Mingyu diam. Tidak menjawab soalan dan bentakan isterinya. Tidak menggugat langsung hatinya. Jaemin diagah. Senyuman lebar anaknya mengundang senyuman.

"Mingyu... siapa baby tadi?!"

"Baby tu anak Kyungri dan anak saya. Saya dah mengandungkan dia sebelum kahwin dengan awak. Puas hati?!"

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now