Jaemin mula terlelap perlahan-lahan. Jaera masih menepuk punggung kecil itu. Meminta mata itu terlelap kerana Jaemin tidak pernah tidur lewat. Hari ini terlewat kerana melayani kakaknya tadi.
Klek.
Pintu terkuak, Mingyu masuk ke dalam bilik sambil membawa komputer riba. Jaera hanya memandang. Tidak menegur atau menanya apa-apa.
"Anak appa dah tidur?" Lelaki itu mendekati Jaemin dan dicium rambut lebat anaknya perlahan. Kemudian dia beralih ke meja tempatnya belajar. Jaera malas hendak membuka suara. Tak ada mood.
"Kenapa Aira datang tadi?" Soal Mingyu, tiba-tiba. Jaera membelakangkan Mingyu yang duduk di birai katil selepas meletakkan komputer riba di atas meja tadi.
"Tak ada apa-apalah."
"Kenapa mesti nak berahsia dengan saya?"
Jaera berdecit kecil. Dia bangun dari perbaringan untuk membawa Jaemin ke baby court di sebelah katil.
"Saya bercakap dengan isteri saya atau bercakap dengan dinding?" Tangan Jaera dipegang. Meminta wanita itu menjawab dahulu persoalannya sebelum beredar.
"Lepaslah, Mingyu."
"Jawab dulu. Kenapa Aira datang? Dia nak apa?"
"Salah ke datang rumah adik dia sendiri?"
Mingyu melepaskan tangan isterinya.
"Teruskanlah buat sesuatu tanpa izin suami awak." Mingyu bangun dan bergerak ke arah Jaemin. Tubuh anaknya didukung dan di bawa ke babu court. Tugasan Mingyu. Bukan tugasan Jaera. Tetapi disebabkan dia tidak mahu menyusahkan suaminya yang sentiasa dingin ini, malas dia hendak meminta pertolongan.
"Unnie datang sebab ada masalah dengan Seung Cheol."
Mingyu menoleh memandang Jaera.
"Then?"
"Seung Cheol failkan penceraian."
Mingyu diam. Dia menyusun bantal-bantal kecil di sekeliling Jaemin.
"Tu je pun."
"Tu je pun awak cakap? Awak bukan kat tempat dia, memanglah."
Mingyu mendengus kecil. Dia bergerak ke katil semula dan berbaring. Walaupun mereka masih sekatil, tetapi tidak seperti dulu.
"Habis tu awak? Ada dekat tempat Aira?"
Jaera diam. Dia lepaskan nafas panjang. Perdebatan yang sukar untuk berhenti.
"Saya tak faham awak, Kim Mingyu. Saya tak faham."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...