Esok paginya, Jaera bangun seperti biasa. Jaemin masih lena. Mingyu juga. Tetapi sedikit sukar untuk dia bergerak kerana Mingyu. Perlahan-lahan tangan yang melilit pada pinggangnya, dialihkan. Kemudian dia bangun duduk perlahan-lahan.
Rambut disanggul tinggi sebelum masuk ke tandas. Selesai mencuci muka, dia keluar semula. Tetapi, belum habis nafasnya terlahir, matanya jatuh pada tubuh Jaemin yang sipi-sipi di birai katil. Laju dia melangkah ke arah anaknya dan didukung sebelum diletakkan di tengah sedikit. Letak sahaja Jaemin, tangisan bayi itu kedengaran.
Mingyu terbangun.
"Kenapa?" Suara serak basahnya memecah kesunyian. Jaera tidak menjawab. Sibuk menenangkan Jaemin.
"Jae, Jaemin kenapa?"
"Nothing."
"Dia takkan menangis kalau tak ada apa-apa yang jadi."
"Saya cakap tak ada, tak adalah." Jaera langsung tidak membalas pandangan Mingyu. Jaemin merengek-rengek kecil. Sesekali tubuhnya mengeliat. Tidak mahu diganggu.
"Saya ni dah macam bukan suami awak kan? Dah macam bukan ayah Jaemin." Mingyu raup muka sekilas. Jaera menjeling tajam.
"Perangai awak tu yang menjadikan awak dah macam bukan suami saya, dah macam bukan ayah Jaemin." Selamba Jaera menjawab. Mingyu membalas jelingan Jaera. Tersinggung dengan ayat isterinya.
"Cuba cakap, apa yang awak tak puas hati dengan saya. Cakap sekarang, Park Jaera."
Jaera diam. Dia tidak membalas apa-apa. Malas hendak mencari gaduh. Selepas sahaja tangisan Jaemin diam, Jaera mengambil keputusan untuk turun dari katil. Tiba sahaja dia di hadapan pintu, tangannya direntap kasi dari belakang sehingga tubuhnya terpeluk tubuh Mingyu.
"Jujur dengan saya, Jaera. Cakap."
"Awak nak saya cakap apa lagi? Nak bagitahu satu per satu? Apa yang berubah pada awak? Macam tu?"
Mingyu diam. Anak matanya dalam memandang anak mata isterinya. Tangannya melekat pada pinggang Jaera. Pelukan longgar itu semakin dieratkan. Sehingga terasa lekuk tubuh Jaera pada tubuhnya.
"Tolonglah, Mingyu. Saya dah penat. Saya..."
"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra."
Jaera terpana.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...