🔑 Bab 20 🔓

7.6K 672 10
                                    

"Kenapa tidur pakai bathrobe je semalam?" Suara Mingyu pecah berbisik pada telinganya. Jaera sedikit tersentak.

"Err... semalam, penat. Tertidur."

"Tipu."

"Betullah."

"Awak tak pernah macam tu."

Jaera menggigit bibir bawah. Mingyu yang berada di belakangnya langsung tidak dipandang. Kaku dia berdiri kerana kekok dengan keadaan ini.

"Sebab awak macam tu, saya terlajak." Mingyu berbisik lagi. Kemudian dia mengucup bahu Jaera dengan lembut.

"Hak awak. Saya tak pernah halang."

Mingyu diam. Tangannya mula melingkar pada pinggang Jaera dan benamkan bibirnya pada batang leher Jaera. Nafasnya mula tidak teratur, ciumannya semakin kasar. Tetapi hanya seketika nikmat itu hadir. Mingyu berhenti.

"Saya minta maaf. Saya..."

"Hak awak." Sekali lagi Jaera mengulang.

"Saya tak ada hak."

"Kenapa pulak?"

"Saya tak nak awak berharap. Saya tak nak awak sakit hati. Sebab saya tak tahu, kalau saya hanyut dengan mimpi saya, lepas tu saya lupakan awak." Mingyu lepaskan pelukannya. Jaera pejamkan mata. Pagar balkoni digenggam erat.

"Kenapa seksa saya, Mingyu?"

"Saya tak seksa awak. Tapi awak yang buat saya seksa perasaan awak. Saya tak pernah minta. Tapi awak..."

"Awak tak cintakan saya lagi ke, Mingyu?"

Mingyu diam selepaskan Jaera memalingkan tubuhnya secara kasar. Matanya jatuh pada lebam-lebam pada leher Jaera. Terasa bersalah kerana meninggalkan kesan-kesan itu. Perasaannya tidak tertahan. Sedangkan sebelum ini dia pernah sakitkan hati isterinya.

"Awak sayangkan saya lagikan, Mingyu?"

Mingyu diam.

"Jawablah!"

"Pergi bersiap. Kita balik rumah kita sendiri."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now