🔑 Bab 15 🔒

7.2K 717 1
                                    

Mesej dan panggilan daripada Mingyu, Jaera abaikan. Tidak terasa langsung dengan perbuatan sendiri melakukan perkara itu kepada suaminya. Mingyu sudah melampau. Perbuatannya langsung tidak memadai.

Jaemin yang tidur di sebelahnya direnung lembut. Punggung kecil berlapikkan lampin bayi ditepuk-tepuk perlahan. Baru matanya hendak terlelap, pintu biliknya ditolak kasar dari luar.

"Dah tak reti nak angkat call? Dah tak pandai nak reply mesej? Baik tak payah pakai phone. Buang aje." Mingyu muncul dengan wajah garangnya. Jaera terperanjat kecil. Sedangkan Jaemin yang sedang tidur pun tergerak sedikit. Betapa kuatnya suara itu memekik.

"Awak ni dah kenapa? Jaemin tidur kan..." suara Jaera merendah. Dia langsung tidak menghiraukan kehadiran Mingyu ke rumah kakaknya ini memandangkan dia sudah memberitahu kepada Aira, dia mahu bermalam di sini.

"Jaemin yang tidur, yang awak tak nak angkat call dah kenapa?" Mingyu masih menyoal. Tidak puas hati. Namun suaranya sedikit merendah.

"Buat apa nak call saya. Awak bukannya peduli." Kata Jaera sambil pejamkan mata perlahan-lahan. Tidak mahu memandang wajah suaminya yang masih terpacak depan mata.

"Saya suami awak. Bodohlah kalau saya tak peduli."

"Kalau awak peduli, awak tak buat saya macam orang asing. Awak sepatutnya lebih pentingkan saya dari orang asing. Tapi sekarang ni, awak lupakan saya, abaikan saya, dan agungkan orang asing. Suami ke tu namanya?" Ujar Jaera dalam nada suara yang cukup tenang namun penuh makna tersirat. Sehingga terdiam Mingyu dibuatnya.

"Dahlah, Mingyu. Saya penat. Saya nak tidur."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now