Dua hari Jaera dan Jaemin menetap di hotel ini. Hidup mereka sama sahaja. Tetapi hari ini, Jaera perasan Jaemin seakan-akan sedikit berubah. Jarang merengek. Tidak ketawa dan mudah menangis bila tidur. Kadang-kala mengalir air mata anak kecil itu ketika tidur. Puncanya Jaera sendiri tidak tahu.
Dalam bilik, Jaemin diriba. Lagi tadi anak kecil itu terlentok di atas tubuhnya. Jaera menonton filem kartun kegemaran Jaemin. Tetapi hari ini sedikit pun Jaemin tidak ketawa. Malah air mata anak kecil itu sentiasa mengalir. Nak kata menangis, macam tidak. Tetapi bila disentuh, rengekan kecil yang kedengaran.
"Jaemin... kenapa ni, sayang? Hmm?" Jaemin diangkat dan ditatap penuh dalam. Wajah Jaemin sedikit memerah. Risau dengan keadaan itu, Jaera tanggalkan pakaian Jaemin dan biarkan anaknya itu tidak berbaju. Dipeluk erat tubuh itu sehingga dia mula merasakan gigilan halus.
"Jaemin..."
"Ma..."
Jaera lekapkan tangannya pada tubuh Jaemin. Seluruh tubuh. Tubuh anaknya lemah. Bibirnya pucat. Matanya tetap berair.
"Jaemin demam ni sayang. Jom kita pergi klinik."
-
Jaera letakkan Jaemin di atas katil bayi di dalam bilik doktor ini.
"Tunggu sebentar ya, puan." Doktor Kim tersenyum manis ke arah Jaera. Jaera membalas nipis dan membiarkan doktor itu memeriksa Jaemin yang tidak berbaju.
"Puan, anak puan masih menyusu badan?" Soal Doktor Kim. Jaera mengangguk pantas.
"Ya. Tapi kadang-kadang saya bagi susu formula juga."
Doktor Kim menyentuh dahi Jaemin dan juga perut anak kecil itu. Kemudian dia melangkah ke arah Jaera.
"Anak puan demam panas. Tapi saya rasa, demam anak puan bukan sebab kesihatan atau jangkitan. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan anak puan. Jarang saya jumpa kanak-kanak seumur Kim Jaemin boleh stres."
"Anak.. anak saya stres?"
Sekali lagi Doktor Kim mengangguk.
"Ya, puan. Bukan kita orang dewasa je boleh stres. Kanak-kanak pun boleh. Jaga pemakanan dia, ikutkan apa yang dia nak buat. Dan yang paling penting, jangan pisahkan dia dengan orang yang paling dia rapat."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...