🔑 Bab 7 🔒

7.3K 776 2
                                    

Jaera melepaskan nafas berat sambil menghenyak tubuh atas sofa bersebelahan dengan Aira. Aira sedang memegang Jaemin. Jaemin nampak selesa bersama ibu saudaranya itu.

"Kenapa dengan Mingyu?" Soal Aira. Wajah adik perempuannya dipandang dengan pandangan yang cukup lembut.

"Entah. Apa masalah dia." Jawab Jaera, acuh tak acuh. Geram, marah, panas hati.

"Dia marah sebab unnie stay sini ke? Kalau ya, unnie boleh balik sekarang."

"Eh unnie! Bukan macam tu. Mingyu cuma.. cuma penat. Tu je." Cepat-cepat Jaera berikan alasan kukuh. Tangan Aira dipegang. Meminta wanita itu tenang.

"Tak, unnie memang nak keluar pun. Tak apa, unnie dah lama kat sini." Kata Aira lalu bangun. Jaemin dihulurkan kepada Jaera.

"Dah lewat ni, unnie." Jaera bangun dari sofa selepas menyambut Jaemin. Wajah kakaknya dipandang. Salah percaturan.

"Tak apa. Unnie dah biasa balik malam."

"Jae hantar ya?"

Aira menggeleng sambil tersenyum. Kepala Jaera diusap perlahan. Jaemin turut dikucup.

"Tak apalah. Unnie balik dulu. Jaga diri elok-elok." Pesan Aira. Jaera mengangguk laju.

"You too." Jaera menghantar Aira sehingga ke muka pintu sambil mendukung Jaemin yang masih lagi aktif bermain. Hilang sahaja Aira dari pandangan mata, pintu ditutup.

"Mana Aira?" Mingyu menyoal. Dia sudah selesai bersihkan diri. Jaera hanya memandang. Tidak menjawab. Kakinya bergerak ke ruang tamu.

"Dengar tak saya tanya?"

"Balik."

"Kenapa?"

"Awak yang buat dia kecil hati, awak tanya kenapa? Bijaknya." Geram Jaera dibuatnya. Terus dia berpatah balik ke belakang dan naik ke atas. Mingyu memandang isterinya naik ke atas dengan seribu satu perasaan.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now