🔑 Bab 56 🔓

7.3K 598 18
                                    

"Dia ada kacau awak ke?" Lambat-lambat Jaera mengangguk, mengiyakan kata-kata suaminya. Mingyu menghenyakkan tubuh atas katil selepas meletakkan Jaemin di dalam baby court.

"Kan saya dah pesan, jangan sampai terserempak dengan dia."

"Saya tak tahu pun dia dalam rumah tadi."

Mingyu mengeluh panjang. Malas betul bila perkara sebegini terjadi. Kai memang pernah bercinta dengan Jaera suatu ketika dulu. Tetapi selepas mendapat tahu, Kai mempunyai hubungan bersama orang lain, Jaera mula berjauh hati sebelum Kai sendiri yang memutuskan hubungan.

Mingyu langsung tidak sangka, dalam dia cuba memujuk Jaera, dia terjerat dan tanpa sengaja, dia juga turut melakukan kesilapan. Menarik Jaera sebagai isteri untuk lari dari kesalahannya mengandungkan Kyungri. Tetapi sekarang, dia betul-betul jatuh hati. Hatinya mati hanya untuk wanita kesayangannya ini.

"Stay dalam sini je. Jangan keluar." Mingyu bangun dari katil sebelum bergerak ke almari. Pakaian Jaera diambil dan diletakkan di atas katil.

"Kalau nak turun, pakai baju tu."

Jaera memandang pakaian yang Mingyu ambil tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaera memandang pakaian yang Mingyu ambil tadi. Gaun panjang juga. Tetapi lebih elok dan tidak terlalu seksi. Sesuai.

"Majlis dah siap ke?" Soal Jaera. Mingyu menggeleng.

"Belum. Tapi Jaemin mengantuk. Sebab tu saya bawa dia naik atas."

"Ohh. Majlis belum siap, saya kena turun. Nanti kalau tak, apa orang fikir."

Mingyu mendekati Jaera. Tiba-tiba, dia benamkan muka dia pada bahagian leher isterinya. Lama.

"Hei, what are you doing?" Jaera pegang bahu Mingyu sebelum dia mengangkat kepala.

"I'm really scared if ada lelaki nampak awak nanti. So, saya tinggalkan 'khazanah' dekat situ. Biar diorang tahu, awak dah kahwin." Kemudian Mingyu terus bergerak ke muka pintu dan keluar.

"Sesuka hati dia je."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now