Jaera menyewa bilik hotel selepas Jaemin ditidurkan tadi. Dia duduk di dalam bilik ini hanya berdua bersama Jaemin. Sunyi? Ya. Sangat sunyi.
Hatinya meronta meminta seseorang untuk mendailnya. Tetapi seorang pun dia tidak dapat panggilan. Mingyu... lagilah.
"Jaemin... lepas ni, kita kena lupakan appa. Kita duduk jauh dengan dia ya? Jangan ingat appa tau. Dia dah bahagia dengan baby lain. Dia tak sayang kita pun." Dibisikkan ayat itu pada telinga anaknya yang tidur. Pipi gebu Jaemin dikucup lembut. Wangi. Melekat bau Mingyu juga.
Jaera cuba lelapkan mata. Tetapi selagi dia cuba, selagi itulah bayangan Mingyu menjamah mata. Tiada orang lain. Tak tenang dia dibuatnya.
Punggung Jaemin yang berlampin ditepuk perlahan-lahan. Mujur dia membawa beg galas berisi perlatan Jaemin di dalam kereta. Jadi hatinya tidak berapa risau.
Semakin lama, matanya mula mengantuk. Fikirannya kosong. Tiada perkara lain dia hendak fikir. Perlahan-lahan Jaera terlena.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...