Tangan dan kaki Jaera sejuk. Tidak boleh dilupakan tentang apa yang berlaku tadi. Kenapa sekarang Kai muncul? Dulu, Kai sendiri yang minta percintaan mereka diputuskan. Sekarang, selepas dia bahagia dengan Mingyu, Kai muncul lagi.
Hampir setengah jam Jaera di dalam bilik. Dia masih lagi tidak tukar pakaian. Tidak tergerak hati hendak tukar baju kerana takut untuk turun ke bawah semula. Bimbang terserempak dengan Kai lagi.
Perlahan-lahan dia labuhkan punggung di birai katil. Menggigil. Sungguh, dia terlalu takut.
Klek.
"Sayang..."
Jaera menoleh ke belakang. Mingyu masuk ke bilik sambil mendukung Jaemin.
"Kenapa tak tukar baju lagi? Tadi kata nak tuk..."
"Mingyu, tadi Kai..."
Raut wajah Mingyu terus berubah.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...