Drtt.. drtt...
Telefon bimbit Jaera berbunyi. Dia yang sedang duduk di lantai ruang tamu, bermain dengan Jaemin terus mencapai. Segera dia buka.
Jaera, unnie dah bercerai dengan Seung Cheol
Terlopong Jaera dibuatnya. Selepas seminggu Aira dan Seung Cheol bertekak, Jaera sudah mengagak bahawa kakak dan abang iparnya bakal bercerai. Dan hari ini... dia mendapat berita tersebut.
Jarinya menaip sesuatu.
Unnie, nanti Jae datang rumah
Hantar. Selepas itu, dia terus menarik Jaemin dan dukung. Kunci kereta dicapai, serta barang-barang Jaemin yang lain. Mujur dia sudah sediakan setiap masa. Jadi tidak sukar hendak menyusun atau mengemas lagi.
Jaera bergerak ke muka pintu. Baru dia hendak memegang pemegang pintu, pintu terbuka dari luar.
"Nak pergi mana?" Mingyu baru pulang kerja.
"Rumah unnie." Jaera menonong. Tetapi apabila melintasi suaminya itu, tangannya dipegang erat.
"Nak buat apa?"
Jaera memandang tajam ke arah wajah Mingyu. Wajah lelaki itu nampak tenang. Seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku.
"Unnie dah bercerai dengan Seung Cheol. Saya nak datang rumah dia."
"Buat apa nak sibukkan hal rumah tangga orang? Saya tak izinkan." Pegangan Mingyu semakin erat apabila Jaera mula hendak merentap.
"Awak ni kenapa? Kakak saya, kakak kandung saya. Suka hati sayalah. Saya nak pergi rumah dia." Tegasnya. Mingyu diam. Matanya semakin tajam memandang anak mata isterinya.
"Lepaskan saya. Saya nak pergi."
"Tunggu sini. Saya nak tukar baju."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...