🔑 Bab 16 🔓

7.3K 720 2
                                    

Jaera merenung susuk tubuh Mingyu yang sedang berjalan untuk berbaring di atas katilnya. Dia tidak pedulikan. Dia hanya mengiring ke kiri, menghadap Jaemin.

Terasa katil seakan-akan tenggelam, menandakan Mingyu sudah berbaring di sebelah belakangnya. Terasa susuk tubuh lelaki itu melekap pada belakang tubuhnya. Kemudian, matanya terpandang tangan Mingyu melintasi tubuhnya dan cuba untuk mengusap rambut Jaemin.

"Sleep well, anak appa." Jaera pejamkan mata tatkala terasa nafas Mingyu menghempas telinganya. Terlalu dekat. Dan sudah terlalu lama mereka tidak bersama serapat ini.

"Mingyu, tolong jauh sikit." Terpaksa Jaera suarakan. Dia cuba untuk menggalihkan tubuh sendiri. Tetapi tangan Mingyu menarik pinggangnya semula supaya lebih rapat.

"Stay there. Don't move. Awak isteri saya. Tolong lupakan kejadian tadi. Move on."

"Senanglah awak cakap. Saya yang mengalami."

Mingyu masih dengan kedudukannya. Masih memeluk Jaera dari belakang walaupun agak kaku bagi Jaera kerana sudah terlalu lama mereka tidak seintim ini.

"Cemburu?" Mingyu soal tiba-tiba. Jaera yang mendengar soalan itu, berbulu telinga rasanya.

"Bodohlah saya kalau tak cemburu."

"Kenapa awak cemburu?"

"Perlu ke saya bagitahu dari A sampai Z? Rasanya macam tak kut. Kalau awak dah tahu, saya cintakan awak, awak takkan game saya macam ni." Suara Jaera mula bergetar menahan emosi yang tidak stabil. Terasa air matanya deras mengalir apabila terasa pelukan Mingyu semakin erat.

Jaera tidak faham. Kenapa Mingyu berubah setiap masa dan saat? Sedangkan hampir setiap hari, sikapnya hanya menyakitkan hati.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now