🔑 Bab 11 🔒

7.2K 730 8
                                    

"Mana Mingyu?" Soal Aira setelah menjemput adiknya masuk ke dalam rumah. Mata wanita itu sedikit membengkak dan sembam. Banyak sangat menangis.

"Dekat taman. Bawa Jaemin main luar." Ujar Jaera selepas meleraikan pelukan kakaknya tadi. Aira mengangguk mendengar jawapan Jaera.

"Duduklah. Unnie tak buat apa-apa pun dekat rumah. Tak ada mood." Jawab Aira. Jaera mengusap bahu kakaknya perlahan dengan senyuman kelat.

"Tak apa. Jae datang bukan sebab lain. Sebab nak melawat kakak Jae je."

Bibir Aira bergetar perlahan mendengar kata-kata adiknya itu. Dia menunduk. Tangan Jaera dipegang perlahan.

"Unnie masih sayangkan dia."

"Ya, Jae tahu, Jae tahu. Tapi please.. lupakanlah dia, unnie. Sekejap pun jadilah. Lupakan dia. Ya?"

Aira menggeleng. Air matanya kembali jatuh.

"Tak. Unnie tak boleh. Unnie terlalu sayangkan dia. 10 tahun, Jaera. Macam tu je pengakhirannya." Aira menangis. Jaera menarik kakaknya ke dalam pelukan dan usap belakang tubuh yang lemah itu perlahan-lahan.

"It's okay. Mungkin sampai situ je jodoh unnie dengan dia. Unnie..." tidak terhabis ayat Jaera, dia merasakan tubuh kakaknya seakan memberat di badan dan melorot tubuh itu menyembah lantai.

"Unnie!" Aira pengsan. Tersungkur Jaera dibuatnya.

"Unnie, unnie bangun!" Pipi kakaknya ditepuk-tepuk, berharap kakaknya akan bangun semula. Tetapi semua itu seperti angan-angan. Jaera bangun dan letakkan kepala Aira di atas lantai seketika. Dia menuju ke muka pintu rumah. Ingin memanggil Mingyu.

Pintu dibuka, dia bolos keluar. Sampai sahaja dia di pintu pagar, nama suaminya diseru.

"Mingyu! Tol..."

Kali ini, terasa dirinya pula hendak pitam.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now