🔑 Bab 42 🔓

8.8K 658 4
                                    

"Morning, wife." Mingyu labuhkan punggung seperti biasa di tempatnya di meja makan. Jaera hanya diam di sebelah. Jaemin berada di dalam dukungan. Sedang enak mengemam makanan bayi.

"Tak kerja?" Ringan pula mulut Jaera hendak menanya. Soalan itu pula laju terpacul dari mulut. Tidak tersangka. Mingyu memandangnya dengan senyuman nipis.

"Tak. Hari ni kan hari anniversary omma dengan appa. Esok pula... anniversary kita." Senyap terus Jaera dibuatnya. Dia kembali fokus pada makanan.

"Omma buat party ke?"

Mingyu angguk sambil mengunyah. Jaera kembali tumpukan perhatian kepada Jaemin.

"Pergilah bersiap. Kita pergi."

"Sekarang?"

Mingyu angguk. Jaera nampak kurang senang. Dia lepaskan Jaemin ke lantai dan biarkan anaknya merangkak ke ruang tamu.

"Boleh tak kalau pergi petang? Saya nak jenguk unnie." Suara Jaera kedengaran normal. Tidak dingin, tidak ceria. Biasa-biasa sahaja. Mingyu tanpa fikir, terus angguk.

"Boleh."

Ada senyuman sikit pada bibir Jaera. Hanya sikit. Tetapi cukup melegakan Mingyu.

"Terima kasih."

"Anything for you, love."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now