🔑 Bab 51 🔒

7.2K 608 13
                                    

"Tu dia... pengantin lama kita dah turun!" Laungan dari saudara mara Mingyu menggamatkan rumah mewah ini. Mingyu dan Jaera terasa membahang.

"Ini anniversary siapa? Kita ke omma?" Jaera berbisik perlahan di telinga Mingyu. Mingyu tersenyum kecil.

"Omma lah. Anniversary kita esok." Jawab Mingyu. Jaera menghabiskan anak tangga dan mendekati Jaemin yang bermain bersama sepupunya, Dean Kim. Kakak Mingyu berkahwin dengan lelaki berketurunan Inggeris.

"Dah mula ke, unnie?" Soal Jaera sambil melabuhkan punggung di sebelah kakak iparnya yang sedang meriba Dean.

"Kejap lagi. Majlis buat dekat luar." Kata kakak iparnya. Jaera mengangguk. Dia meribakan Jaemin. Anaknya nampak sedikit letih. Wajah Jaemin disembamkan ke dadanya.

"Jae..."

"Hmm..."

"Unnie nak tanya sikit boleh?"

Jaera menoleh memandang kakak iparnya.

"Apa dia?"

"Macam mana Jae jaga badan? Terkejut unnie tengok Jae turun tadi. Dahlah baju Jae cantik. Kena sangat dengan body shape Jae. Unnie jealouslah." Kata kakak iparnya. Meletus ketawa Jaera. Saudara mara yang lain sudah keluar. Hanya tinggal Mingyu bersama seorang lelaki seusia dengannya di muka pintu. Sedang berbual.

"Unnie, mana ada Jae jaga badan. Jae makan je apa yang Jae rasa nak makan." Kata Jaera. Kakak iparnya berdecit kecil.

"Jae ada pergi spa ke? Makan produk? Or something..."

"Eh tak adalah. Serius, unnie. Jae tak makan apa-apa pun. Makan macam biasa je."

"Kalau lelaki lain nampak ni, mesti dia ingat Jae anak dara. Padahal anak dah sorang dah." Kata kakak iparnya lagi. Jaera tidak dapat menahan ketawa. Ada-ada sahaja kakak iparnya.

"Sayang, sini kejap." Mingyu menggamit dari jauh. Jaera terus bangun sambil mendukung Jaemin yang masih keletihan.

"Ya?"

"Ingat Jungkook tak?"

Jaera kerutkan dahi. Dia merenung lelaki yang sedang tersenyum manis di sebelah suaminya. Kacak, comel, dan... macam pernah nampak.

"Jung... ahhh Jeon Jungkook?"

"Ya. Ni dia."

Jaera ternganga kecil.

"Jungkook?"

"Yes, Jaera. Jungkook here. Your ex-crush."

Terdiam Jaera dibuatnya walaupun bibirnya ada senyuman. Teringat. Mingyu sudah menyenggol.

"Past is past okay. Jangan mention."

Jungkook ketawa. Bahu Mingyu ditepuk.

"Chill, bro. Aku bukan makan kawan. Lagipun sekarang aku pun dah ada..."

"Girlfriend?" Mingyu meneka. Jungkook menggeleng.

"Dah tu? Tunang?"

Geleng juga. Mingyu dan Jaera berkerut dahi.

"Habis tu?"

"Wife."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now