🔑 Bab 32 🔓

8.3K 637 1
                                    

Jaera mencapai telefon bimbit di atas meja sebelah katil Jaemin. Dia berkira-kira, sama ada hendak menelefon Mingyu ataupun tidak. Jika ikutkan hati, dia tidak mahu lagi berhubung dengan Mingyu. Jika ikut akal, dia sangat terdesak.

Jaemin perlukan suaminya yang entah bila akan digelar sebagai bekas suami. Jaemin perlukan ayahnya. Anak lelakinya itu demam rindu.

Telefon digenggam erat. Dia pejamkan mata. Cuba mencari nafas.

"Call? Okay. Call."

Selepas menekan petak gangang hijau, telefon dilekap pada telinga.

1

2

3

Panggilan disahut.

"Helo, Mingyu."

"Err... Jaera. Mingyu dekat toilet. Dia..."

Tut... tut... tut...

Jaera hempaskan telefon atas meja kembali. Lukanya kembali berdarah. Matanya kembali memerah. Jiwanya kembali menanah. Hatinya semakin sakit.

"Dia dah ada perempuan lain..."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now