"Ma..."
"Ya, Jaemin. Apa dia?" Meleret Jaera menjawab seruan Jaemin pada telinganya. Anak kecil itu baru bangun tidur. Wajahnya sedikit segar dari sebelum ini. Tetapi suhu badannya masih panas.
Sesekali kepala anaknya diusap sayang. Kerisauan di hati tidak pernah habis. Anaknya masih berada di hospital. Belum dibenarkan keluar kerana suhu badan yang masih tidak menurun kepada suhu yang dikehendaki doktor.
"Pa..." bibir comel itu menyebut satu perkataan yang cukup difahami. Jaera mengeluh pendek. Jaemin duduk di atas katil sambil menghentak-hentak tangan atas katil dengan mulut menyengih.
"Appa sibuk. Dia tak ada masa nak jumpa kita." Rambut lebat Jaemin diusap lagi. Dia cuba untuk menahan air mata dari gugur. Melihat cincin kahwin yang tersemat pada jarinya, dia rasa tidak bermaya. Lantas segera dia cabut dan letakkan di atas kabinet sebelah katil.
Jaera kembali menumpukan perhatian kepada Jaemin. Sesekali pipi sentol itu dicubit-cubit kegeraman. Merengek kuat Jaemin dibuatnya.
"Comel anak omma."
"Macam appa dia."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...