Mingyu senyap. Dari habis majis, sehinggalah sekarang. Langsung tidak mahu bercakap dengan Jaera. Dia masih memikirkan tentang hal tadi.
Jam menayangkan angka 12 tengah malam. Tetapi mata tidak boleh dilelapkan. Jaera pusingkan tubuh ke kanan. Mingyu membelakanginya.
Alahai... kenapa dia ni?
"Mingyu... dah tidur?"
Senyap. Jaera menyentuh bahu suaminya perlahan. Mendengar bunyi decitan, Jaera tersenyum nipis.
"Belum tidur rupanya. Ingatkan dah tidur."
"Belum. Tiba-tiba teringat isteri saya tak nak elak dari bercakap dengan ex-boyfriend dia."
Ternganga Jaera dibuatnya. Sebab tu, Mingyu cemburu? Sesungguhnya sifat cemburu Mingyu lagi kuat dan hebat darinya.
"Awak senyap dengan saya sebab tu je ke?"
Mingyu terlentangkan tubuh dengan mata terpejam. Malas hendak menjawab pertanyaan isterinya. Dibiarkan sahaja tergantung. Sebelum dia terasa, bahu kirinya seakan-akan berat dan tubuhnya dirangkul erat.
"Sorry..."
Jaera berbaring.
"I'm sorry, my dear husband. Kai memang macam tu. Suka ajak bergurau yang tak patut."
"Bergurau ke benda tu?"
Jaera mendongakkan kepala memandang Mingyu. Matanya masih terpejam. Tapi dia perasan rahang lelaki itu bergerak-gerak menahan marah. Tersenyum bibir Jaera. Lantas dikucup sekilas tulang rahang Mingyu itu.
"Saya percaya, kalau Kai buat sesuatu dekat saya suami saya mesti protect saya dulu. Kan?"
Mingyu diam. Tidak menjawab. Jaera tersenyum nipis. Dia tahu, Mingyu cuma sakit hati. Esok mesti baik.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)
Fanfiction"Kalau awak rasa, perpisahan jalan yang terbaik, silakan. Saya tak paksa awak pun, Park Jae Ra." Tanpa usaha, dia pasrah. "Mana suami saya yang dulu? Suami saya yang betul-betul pertahankan cinta dan isteri dia." Masih cuba untuk pertaha...