🔑 Bab 46 🔓

8.1K 651 2
                                    

Sampai sahaja di rumah ibu dan ayah Mingyu, mereka dikerumuni. Bagaikan sudah lama tidak berjumpa. Tetapi memang benar pun. Hampir sebulan Mingyu, Jaera dan Jaemin tidak ke sini.

"Menantu omma dah sampai!" Menjerit wanita separuh abad itu datang dari dapur apabila terlihat kelibat anak menantunya.

"Apa khabar, sayang? Cucu omma sihat?" Jaera tersenyum manis saat dirinya didakap mesra oleh ibu mertuanya. Jaemin yang berada di dukungan Mingyu ditunjuk menggunakan jari.

"Sihat. Tu, dengan Mingyu."

Puan Kim tersenyum bahagia.

"Besar dah cucu omma." Puan Kim mendekati Mingyu dan dikucup manja pipi gebu Jaemin yang masih lena tidur walaupun ramai manusia berdiri di sini.

"Omma sihat?"

"Macam ni lah, Jae. Bolehlah. Jom masuk." Puan Kim menarik tangan Jaera dan Mingyu masuk ke dalam rumah mewah ini. Mereka berdua ikutkan sahaja. Walaupun dari tadi Jaera sedang berjauh hati dengan Mingyu yang tidak mahu berterus terang itu.

"Appa mana, omma?"

"Ada tu dekat atas. Sibuk dengan kerja dia. Nak celebrate anniversary malam ni pun, sibuk dengan kerja dia. Nasib baik omma panggil orang untuk readykan semuanya. Kalau tidak, memang tak omma nak buat sorang-sorang." Kata omma, panjang lebar. Jaera dan Mingyu melabuhkan punggung di sofa. Jaemin diletakkan di dalam baby court yang ada di ruang tamu itu. Lena anak kecil itu tidur.

"Biasalah tu. Appa kan kuat kerja." Mingyu membalas. Omma menggeleng kecil. Jaera di sebelah Mingyu hanya diam. Tidak berdaya hendak menjawab. Mengantuk pun ada sebenarnya.

"Ni, omma nak tengok keadaan dekat luar sekejap. Kalau nak makan, ada tu dekat dapur. Jae, kalau Mingyu mengada-ngada nak itu ini, tak payah buatkan. Tu banyak makanan tak terhabis. Bagi je. Ya?"

Tersenyum lebar Jaera mengangguk. Kelakar melihat suaminya yang terkedu itu.

"Okey, omma."

Puan Kim terus keluar. Meninggalkan mereka berdua di dalam rumah ini.

"Sayang," Mingyu menarik tangan Jaera sehingga tubuh mereka merapat. Seakan melekat tidak berjarak.

"Awak nak apa?"

"Saya penat." Hidung lelaki itu menekup pada lehernya. Geli, pipi Mingyu ditolak.

"Tidurlah kalau penat."

"Awak tak nak hilangkan penat saya?"

Jaera sedikit bersalah. Dia memusingkan tubuh.

"Saya tak larat nak urut awak."

"Alah please... tulang saya macam orang tua-tua. Sakit." Mingyu semakin meleset sehingga menjadikan Jaera tidak selesa dipandang saudara-mara yang lain. Tersenyum-senyum mereka dibuatnya. Jaera yang segan.

"Mingyu, behave lah. Orang lain nampak, segan."

Mingyu ketawa. Dia tetap dengan posisinya.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now