🔑 Bab 39 🔒

9.1K 672 2
                                    

Sampai sahaja di rumah, Mingyu melepek di atas sofa bersama Jaemin. Suaminya hidup seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sangat bersahaja. Seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Jaera letakkan segala barang di atas meja dan bergerak ke dapur untuk membancuh susu buat Jaemin. Sesekali telinganya terdengar suara Mingyu bergurauan dengan Jaemin. Lama dia tidak mendengar dua beranak itu begitu. Terlalu lama. Dan dia merindukan saat-saat ini.

"Sampai bila nak cuci botol susu Jaemin ni, hmm?" Bahu Jaera terjungkit sedikit apabila terasa ada sepasang tangan berlingkaran pada pinggangnya. Ada dahu mendarat pada bahu kirinya. Dan ada nafas berhembus lembut pada pipinya.

"Botol ni baru. Nanti bau plastik."

"Didihlah dalam air panas."

"Malas."

Mingyu mengeratkan pelukan lagi sehingga botol susu Jaemin di tangan Jaera terlepas dalam sinki.

"Mingyu please... not here. Saya ada kerja nak kena buat. Jaga Jaemin."

Mingyu ketawa kecil. Sempat belakang kepala isterinya dikucup. Pelukan dilonggarkan seketika.

"Okey. Not to be long, okay? I'm wait you because I miss you damn much."

Mingyu berlalu pergi. Sumpah, lelaki itu kini seakan-akan berubah seperti fasa-fasa mereka bercinta dahulu. Sangat romantik.

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now