🔑 Bab 25 🔒

8.3K 703 47
                                    

Terkedu Jaera dibuatnya. Matanya kabur. Hidungnya perit. Bibirnya bergetar. Tangannya menggigil. Wajah Mingyu yang tenang dipandang dalam.

"Awak mengandungkan... dia?"

"Kami terlanjur. Saya kahwin dengan awak sebab nak lari dari tanggungjawab. Tapi sebenarnya saya tak boleh. Saya tak sampai hati."

Air mata Jaera jatuh.

"Dulu, saya tak cintakan awak pun, Park Jaera. Sikit pun saya tak cinta."

"Habis tu, kenapa Jaemin..."

"Sebab saya sedar, saya kena jalankan tanggungjawab saya. Saya tak nak orang pelik kenapa kita kahwin tapi tak dapat anak. Saya tak nak awak pelik dengan saya."

Deras air mata Jaera jatuh. Teresak dia menangis. Menangisi nasib diri yang langsung dia tidak menyangka akan jadi seperti ini.

"Saya tak kahwin dengan Kyungri sebab saya.. dah mula cintakan awak. Kyungri mengandung masa awak dah nak bersalin. Jadi saya tak nak kahwin dengan dia, sebab saya tak nak lukakan hati awak."

"Tapi sekarang awak dah lukakan hati saya." Jaera lapkan air mata dengan telapak tangan. Wajah Mingyu tidak dipandang. Sikit pun tidak teringin dia hendak memandang.

"Sebab saya terpaksa. Saya terpaksa buat macam tu sebab nak bahagikan kasih sayang saya dengan orang lain. Saya sayangkan Kyungri dan anak saya."

Pecah tangisan Jaera sekali lagi mendengar ayat itu. Sakitnya hati... hanya Tuhan yang tahu.

"Jaera, Kyungri ada ketumbuhan dekat ovari. Anak saya dan dia tak sempurna. Tak ada limpa dan hati. Saya tak tahu bila Kyungri dan anak saya boleh hidup."

Kali ini Jaera terkejut. Terbuntang matanya.

"Sebab tu saya terpaksa lebihkan kasih sayang saya untuk anak saya dan Kyungri. Saya terpaksa abaikan awak sedangkan hati saya sendiri sakit."

"Tipu." Spontan perkataan itu keluar dari mulut Jaera. Merah padam wajahnya memandang wajah Mingyu yang tampak sugul itu. Dia tidak terasa apa-apa dengan cerita Mingyu. Dia masih sakit hati. Baginya, Mingyu salah.

"Awak tipu saya."

"Apa yang saya tipu?"

"Kenapa tak nak ceraikan saya? Awak pengecut! Awak suruh saya tinggalkan awak, tapi awak sendiri tak nak ceraikan saya."

"Saya masih cintakan awak."

"Tapi awak dah buat saya bencikan awak. Awak buat saya sakit hati. Awak lukakan saya! Saya benci awak, Mingyu." Jaemin diambil dari Mingyu, dia terus berlari anak ke muka pintu. Baru sahaja tangannya hendak memulas tombol, lengannya direntap kasar dari belakang. Terpusing tubuhnya.

"Sekali lagi saya ulang, Jaera. Awak boleh tinggalkan saya. Awak boleh jauh dari saya. Tapi ingat, sampai akhir nafas, saya takkan sesekali ucapkan perkataan cerai."

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now