🔑 Bab 29 🔒

8K 644 15
                                    

"Maafkan saya, puan. Saya tak boleh nak selamatkan anak puan. Saya minta maaf." Jatuh terduduk Kyung Ri di atas lantai selepas mendengar ayat yang keluar dari dua ulas bibir doktor muda ini. Mingyu yang baru tiba dari kafe meluru menuju ke arah Kyungri.

"Kyung, kenapa ni hmm..." Mingyu duduk mencangkung dan pegang tubuh wanita itu perlahan. Kemudian dia mendongak memandang doktor.

"Doktor Park, kenapa dengan..."

"Encik, anak encik Areum, meninggal dunia."

Terlopong Mingyu dibuatnya. Dia cuba untuk menampung berat tubuh Kyungri dan dalam masa yang sama, dia cuba untuk menampung tubuh dirinya sendiri.

"Macam mana Areum bol..."

"Keadaan Areum terlalu kritikal dan jantungnya lemah. Saya cuba untuk selamatkan dia. Tapi saya tak sempat. Saya minta maaf." Kata Doktor Park lagi. Mingyu terdiam. Tubuh Kyungri masih di dalam pelukannya. Doktor itu terus beredar selepas mendapat anggukan dan terima kasih daripada Mingyu.

"Kyungri... dengar sini. Kyung..." Mingyu pegang bahu Kyungri dan meminta wanita itu memandangnya.

"Mingyu... saya... saya tak kuat."

"Awak kuat. Dengar sini. Saya akan ada dengan awak. Setiap masa. Jadi tolong kuatkan diri awak. Saya tahu awak boleh. Dah tiba masanya Areum pergi. Lepaskan dia. Ya?"

Kyungri diam. Matanya terkatup perlahan-lahan dan nafasnya juga terhela lemah. Mingyu mula panasaran. Lembik tubuh itu di dalam pelukannya.

"Kyung..."

Senyap.

"Kyungri.." pipi Kyungri ditepuk-tepuk. Tidak sedar juga. Mingyu memandang sekeliling.

"Kyungri, bangun. Janganlah macam ni. Doktor!"

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now