🔑 Bab 36 🔓

9.3K 673 7
                                    

Jaera terasa hendak melangkah larikan diri sahaja dari hospital ini. Tidak mahu berhadapan dengan Mingyu yang tiba-tiba sahaja berubah perangai.

Lelaki itu kini berada di atas katil Jaemin. Sedang menidurkan anak kecil itu. Selepas Mingyu datang tadi, Jaemin betul-betul nampak gembira dan ceria. Suhu tubuhnya juga turun mendadak sehinggakan doktor yang memeriksanya tadi terkejut dengan perubahan drastik Jaemin. Mungkin esok atau lusa Jaemin boleh keluar dari sini.

Jaera sandarkan tubuh di sofa sambil memejamkan mata. Telinga mendengar ada suara Mingyu menyanyi kecil. Mendodoikan Jaemin. Tetapi matanya pula terasa mengantuk. Ditahankan juga rasa mengantuk itu sehingga dia merasakan, jari manis sebelah kirinya seakan-akan sedang disentuh dan terasa disarungkan sesuatu. Segera dia membuka mata.

"Kenapa buka cincin ni? Kalau hilangkan susah." Mingyu labuhkan punggung di sebelah Jaera usai menyarungkan cincin kahwinnya semula ke jari manis. Jaera terpana seketika. Tetapi dia cuba buat tidak tahu dan biasa-biasa.

"Jaera," Mingyu menyeru. Jaera diamkan diri sambil menyandarkan kembali dan buat-buat tidur. Tetapi tidak lama selepas itu, dia merasakan kepalanya ditarik dan jatuh di atas bahu kiri Mingyu.

"Saya tahu awak penat. Penat lari dari saya. Penat sakit hati dengan saya. Penat jaga Jaemin. Tidurlah."

Jaera diam. Dia mengawal perasaannya yang mudah menangis sejak dua menjak ini. Kepalanya tidak dialihkan. Dia tidak menolak.

"Jaera,"

"Hmm.."

"Awak masih cintakan saya?"

[COMPLETED] Tears Of A Wife 아내의 눈물 (Mingyu SEVENTEEN)Where stories live. Discover now